Sentuhan Arkitek

Tropikal Kontemporari Asia

Teks & Penyelaras : Shahril Hadi Halim

Arahan Seni : Afiq Khairudin

Gambar : Wan Izhar / ODS Studio

Video : Dennis Kho
 

 
Sebuah kediaman indah yang dimiliki oleh seorang arkitek berjaya mencantumkan elemen seni bina bersama pelbagai rencah hiasan dalaman pengaruh gaya Asia sebagi nadi penataan ruang. Dengan mengangkat konsep terbuka, kediaman ini bermain padanan kayu dan keluli dalam palitan rona tanah untuk menghasilkan ruang yang damai dan menenangkan. Hembusan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa memberikan kedamaian saat kami sibuk memotretkan ruang-ruang pilihan.
 
Saya bersantai-santai di patio untuk menikmati keindahan persekitaran yang masih sarat kehijauan. Biarpun di tengah kota, kediaman yang sedikit tersembunyi ini masih lagi mengekalkan sisa kehijaun untuk melengkapi wajah kediaman. Menurut pemiliknya, kadang kala ada sahaja burung-burung singgah membuat sarang lantas bertelur di halaman kediaman ini.
 
Menyentuh mengenai kediaman ini, pemiliknya memilih untuk melakukan beberapa ubah suai namun masih mengekalkan rekaan asal yang dibeli dari pemaju. Latar belakangnya sebagai seorang arkitek menjadikan dia lebih menghargai nilai estetika namun untuk memenuhi keperluan gaya hidupnya, dia menambah beberepa perkara yang dirasakan perlu. untuk menyempurnakan wajah dalaman, dia memilih untuk tidak hanya bermain dengan perabot yang baru namun selesa dengan suai padan perabot sedia ada bersama koleksi aksesori antik milik turun temurun bersama gabungan rekaan terkini.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone