Kediaman – Pesona Raya Maghribi Metropolis

Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni & Penata Gaya : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan

 

Sentral Residences, unit kediaman jenis kondominium yang terbina strategik di nadi bandaraya Kuala Lumpur. Bersebelahan hotel berprestij dunia, St. Regis dan hab pengangkutan tersibuk, KL Sentral – Sentral Residences terdiri daripada menara residen berkembar, 55 aras dan memiliki 752 unit kediaman dengan 17 corak pelan lantai berbeza.

 

Langsung menuju ke aras 24, unit kondominium dimiliki oleh Shahrom Abd Rashid. Adunan warna pop hangat, corak geometri, simetri Islamik dan reka bentuk moden mencipta atmosfera kediaman maghribi moden.

 

“Saya berkerjasama dengan rakan baik, Richard Yan bagi merealisasikan projek kediaman ini. Kami sudah lama mahu bekerja untuk projek berilhamkan Islam dan corak maghribi. Kami sangat mengagumi keindahan seni bina dan reka bentuk Islam,” kata Shahrom.

 

Unit kondominium ini memiliki 2 kamar beradu, 2  kamar mandi, dapur kering dan dapur basah. Reka pelan lantai kondo mengadaptasi pelan terbuka. Satu ruang dimusnahkan diantara pintu masuk dan kawasan dapur kering bagi memberi lebih ruang untuk dapur.

 

Sambung Shahrom, “Saya sukakan ruang terbuka, jadi kami membuang fungsi pemisah ruang sedia ada diantara ruang dapur kering dan basah. Kami membina semula dapur dengan pelan terbuka dan reka bentuk memanjang.”

 

Bagi memastikan aktiviti di dapur basah tidak terganggu, Shahrom membina pintu gelangsar kaca yang memisahkan langsung ruang dapur basah dan dapur kering. Ini membantu menghalang masuk bau masakan menerpa masuk ke ruang utama dalam masa sama mengekalkan pandangan jelas terus keseluruhan ruang yang ada.

 

Setiap perincian diberikan penelitian. Ukiran motif geometri Islamik moden diterapkan pada rekaan panel-panel penghadang dan kemasan siling dalam warna putih. Ruang tamu dihidupkan oleh letusan warna oren samar. Perletakan sofa separa bulat ditempah khas dalam kemasan fabrik baldu biru firus dipisah menjadi dua tempat duduk menjadi titik fokal ruang.

 

“Saya bertuah kerana tuntutan kerja membawa saya kembara ke serata pelusuk dunia. Kebanyakkan perabot dan aksesori di kondo ini didapati daripada Paris, Lisbon, Seville, London, Amerika Syarikat dan Hong Kong antaranya. Saya dan Richard turut terbang ke Marrakech, Oktober lalu untuk mendapatkan lebih inspirasi serta lebih banyak barang menarik bagi menyempurnakan keseluruhan gaya kediaman ini,” beritahu Shahrom yang berkerja sebagai Pengarah Jenama Serantau Asia Pasifik untuk M.A.C Cosmestics di Singapura. 

 

Slide untuk lihat gambar. 

6 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gantungan gambar – gambar bangunan ikonik dan idola menghiasi panel dinding.