GLAM Deko Kediaman - Gaya Hidup Premium - Glam Malaysia

GLAM Deko Kediaman – Gaya Hidup Premium

Vila Mewah

Teks : Shahril Hadi Halim

 


Untuk kembara GLAM Deko kali ini ke Johor Bahru, kami diberi peluang menginap di salah sebuah pembangunan eksklusif di Nusajaya. Dinamakan sebagai Leisure Farm,  ia menampilkan lot banglo yang dibina di beberapa Precint berbeza di atas tanah seluas 1765 ekar tanah. Tanah yang berstatus pegangan bebas ini merupakan antara pelaburan bernilai tinggi dan berbaloi untuk jangka masa panjang.
Director’s Villa merupakan pilihan yang ditawarkan buat kami menginap. Perancangan asal kami adalah untuk memotretkan wajah kediaman ini namun peluang dibawa melawat unit-unit lain yang masih sedang menanti pemilik barunya menemukan kami bersama satu unit yang begitu mempersona. Gaya moden kontemporari yang begitu mendamaaikan selain lokasi strategik, ditemani mentari berlabuh petang menjadikan kami jatuh cinta dengan unit kediaman ini.
Menariknya pelan binaan kediaman ini menampilkan rekaan berbentuk U dan menjadikan kolam renang infiniti sebagai pemisah di antara anjung kanan dan juga kiri. Pada bahagian tengah diletakkan ruang tamu yang menjadi seperti penghubung di antara ruang umum dan ruang personal.

See also
Pakej Perkahwinan Impian Hanya Di Sunway Putra Hotel