4 Cara Mudah Ruang Mesra Alam - Glam Malaysia

4 Cara Mudah Ruang Mesra Alam

1. Kitar semula

Langkah paling asas yang perlu dipupuk dari awal. Mulakan dengan mengumpul segala barangan kitar semula; kotak, kertas, surat khabar lama, tisu, dokumen lama (yang tidak penting), segala tin dan baling kaca yang sudah tidak digunakan mengikut kategori. Tip mudah, sediakan tong sampah mengikut jenis sampah di pojok khas. Jadilah berdisplin sikit! Kumpulkan dan jual semula. Lakukan aktiviti ini secara berkala; sebulan sekali. Kitar semula ini salah satu cara membantu menghakis amalan hoarder!

 

2. Kurangkan peggunaan penyembur serangga

 

Apabila mengenai mesra alam, segalanya perlu berkait rapat dengan alam semulajadi. Penyembur kimia tidak hanya membunuh serangga, malah membunuh secara diam sistem dalaman tubuh kita. Gunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghindar kedatangan serangga di kediaman.

 

Campuran asid borik + hirisan oren untuk menghalau semut.

Daun pandan untuk menghalau lipas.

Lilin beraroma serai untuk menghalau lalat dan nyamuk.

 

3. Banyakkan tumbuhan hijau dalam kediaman

See also
Kolaborasi Anya Hindmarch dan Malaysia Airlines Berhad

 

Selain menyuntik lebih warna di dalam rumah, tumbuhan hijau menapis udara dan bau tercemar. Aturkan satu atau dua pepohon merimbum sederhana besar seperti ketapang di pojok tangga. Elakkan tumbuhan yang memerlukan banyak air kerana bakal mengundang serangga kecil seperti semut. Jangan lupa apungkan bau-bauan berteraskan bunga-bungaan atau herba tropika untuk membersih udara di kediaman secara berkala.

 

4. Pilih kaca berbanding plastik

 

Sentiasa gunakan pinggan mangkuk dan cawan kaca apabila menggunakan ketuhar gelombang mikro. Tidak hanya boleh digunakan semula, kaca tidak membebaskan banyak bahan bisphenol-A atau BPA seperti plastik. Boleh juga gunakan plastik. Tapik pastikan yang bebas bahan BPA dan tahan haba apabila dipanaskan.

 

[soliloquy id=”46652″]
[soliloquy slug="46652"]