Inspirasi Wardrobe Kris Jenner Sebesar Apartmen

Baru – baru ini video tour ke wardrobe milik selebriti dan momager ternama, Kris Jenner disiarkan. Wardrobe Kris Jenner di kediamannya Calabasas, California baru sahaja diubah suai dan terbahagi kepada beberapa seksyen mengikut kategori warna dan fungsi termasuk, blazer, dres, aksesori jam tangan, barangan kemas, tas tangan dan tentunya kasut!

 

Di dalam video, pengarah kreatif Judith Leiber, Dee Hilfiger yang juga rakan baik Kris, memberikan tour ke seluruh ruangan fesyen Kris.

 

 

Kris menggelarkan ruang ini “antara salah satu ruang kegemaran saya” dan cuba menjelaskan mengapa dia mempunyai almari berukuran apartmen yang dipenuhi pakaian berjenama. Dia turut menyatakan, “Anda harus ingat, ruangan ini dipenuhi koleksi fesyen wanita berusia 62 tahun.”

 

Ruang istimewa untuk sebahagian koleksi Birkin milik Kris Jenner.

 

Dee sempat melihat koleksi blazer hitam yang sememangnya statement gaya Kris, koleksi bagasi Goyard dengan initial “Momager” – hadiah daripada Khloe sempena Krismas. Malah, Kris juga sempat berkongsi beberapa koleksi tas tangan unik dan quirky Judith Leiber.

 

Tonton video di bawah dengan penuh keterujaan.

 

Sumber artikel elledecor.com