Inovasi Reka Bentuk Dapur bersama Buenos Kitchen and Wardrobe - Glam Malaysia

Inovasi Reka Bentuk Dapur bersama Buenos Kitchen and Wardrobe

untitled-session5211

Wulan Amaraja, Pengarah Perkembangan Perniagaan & Zulita Yusof, Pengarah,  BUENOS KITCHEN AND WARDROBE

 

Latar belakang Buenos

 

Buenos telah mula bertapak pada 2008 oleh rakan niaga utama kami yakni Soon Kien Aik. Dia merupakan tulang belakang kepada syarikat ini dan peneraju utama sejak bermulanya syarikat ini. Kami berdua hanya mula terlibat pada peringkat berikutnya. Soon bermula sebagai kontraktor hiasan dalaman, dan mengikut peredaran masa syarikat mula berkembang dan membesar. Kini kami mempunyai dua divisyen yakni syarikat hiasan dalaman yang menjurus kepada rekaan dan pembinaan juga syarikat untuk  kitchen and wardrobe  yang memfokuskan kepada high end kitchen and wardrobe, untuk kediaman dan projek komersial. Pada masa ini peratusan projek kami adalah 60% kepada projek komersil.

 

Definisi ‘Dapur Sempurna’ untuk kediaman

 

Wulan Amaraja : Kitchen sell houses! Seperti frasa yang biasa kita dengar, “dapur merupakan jantung kediaman” dan pastinya ramai yang bersetuju dengan pernyataan ini. Kita banyak menghabiskan masa di dapur, selain ia menjadi ruang paling mahal untuk diubah suai. Untuk itu, anda perlu mendapatkan sesuatu yang tepat dari saat ia bermula. Untuk saya kunci utamanya adalah susun atur dan isu utama untuk setiap dapur adalah how it perform tatkala anda sedang memasak. Gabungkan kesemuanya bersama impak visual. Klien perlu hadir bersama keperluan, kehendak, kesukaan, inspirasi dan perkara yang tidak digemari. Perkara seterusnya adalah yang perlu anda lakukan adalah menggariskan  perancangan ruang atau susun atur secara keseluruhan dan pastikan ia bersesuaian dengan anda. Setiap dapur adalah unik!

See also
Palet - Trivia Warna Serindit Kuning

 

Keistimewaan Buenos

 

Kami menyediakan khidmat servis peribadi, meluangkan masa memahami kehendak klien dan bukan menjual apa yang kami mahu jual. Buenos juga mereka khas berdasarkan keperluan klien sama ada dari sesuatu yang ringkas dan praktikal sehinggalah yang dapur yang paling serba lengkap. Kami mampu memadankan segala jenis gajet secara sempurna untuk dapur anda.

 

Rekaan dapur pilihan Buenos  

 

Wulan Amaraja : Saya menggemari dapur dengan rekaan moden dan sleek, pintu semburan cat kemasan kasar dan permukaan kaunter honed. It is very chic, terkini dan moden. Dapur ini menggabungkan mekanisma dapur slot in, yang sangat berguna apabaila memasak kerana anda dapat melihat segalanya dan menutup pintunya apabila menerima tetamu.

 

Zulita Yusof : Semestinya rangkaiana klasik kayu oak padu Amerika bersama semburan cat moden kemasan pusam bersama pameran kayu pada pulaunya.

 

 

Tip penjagaan dapur

 

Zulita Yusof : Untuk dapur, kami sering menasihati klien untuk melabur kepada produk yang memerlukan penjagaan yang kurang, tahan lama dan tahan lasak seperti menggunakan batu quartz untuk permukaan dapur berbanding menggunakan marmar. Lap sejurus selepas terjadinya tumpahan untuk mengelakkan kotoran kekal kerana kebanyakkan hanya tahan kotoran dan bukan kalis kotoran. Laburlah pada engsel pintu soft close yang baik dan berkualiti. Ini akan mengelakkan hentakkan yang tidak perlu yang mana akan memberi kesan jangka panjang. Juga pelaburan kepada aksesori berkualiti tinggi, untuk memudahkan penggunaan untuk jangka panjang.

See also
Ruang Makan Berkonsepkan ‘’AlFresco’’