Ilham Italianate Dr. Tan Loke Mun untuk M Marini - Glam Malaysia

Ilham Italianate Dr. Tan Loke Mun untuk M Marini

01a

 

M Marini berlokasi di salah satu mercu tanda Kuala Lumpur, Suria KLCC. Mendapatkan lakaran seni bina dan sentuhan dalaman oleh arkitek tempatan, Dr. Tan Loke Mun, M Marini menerbitkan seni bina Italianate kontemporari dihiasi kemasan marmar putih berira, upholsteri mewah dan tanda baca optik melangkaui persepsi.

 

Batu marmar marquina diatur membentuk panel dinding rendah ditemani simbahan cahaya suram didalam dinding kaca. Latar belakang juxtaposes membangkitkan seri pilihan perabot serba putih. Garis-garis moden diselangi elemen ekletik baroque klasik.

 

Karya lukisan Venice’s Grand Canal oleh Canaletto tergantung megah di sebalik kaunter bar mengimbau memori puitis seni Eropah. M Marini adalah sebahagian rantaian Modesto Marini.

 

13

Batu marmar marquina dibina menjadi sebahagian panel bar selain turut menghiasi panel meja dan dinding.

 

20

Kerusi baroque dan baldu menjadi elemen utama.

 

10

Seni arca porselin figura kebanggaan orang Itali turut diabadikan di sini.

 

08

M Marini Caffè di aras Ground, Suria, KLCC.

See also
Hartanah - Aset Premium Di Putrajaya