Idea Drama Raya Panasonic

Antara pelakon yang hadir di majlis sidang media bersama pihak Media Prima dan Panasonic

 

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, kolaborasi antara jenama kelengkapan kediaman Panasonic bersama stesen televisyen tempatan Media Prima membawakan Panasonic Ketupat Rendang Brownies Coklat untuk berkongsi mengenai mesej sempena perayaan yang akan datang. Menerusi drama ini, pengguna dapat melihat bagaimana peralatan dari jenama Panasonic mampu memudahkan kehidupan seharian ditambah kesibukkan kerja dan masa yang terhad untuk menyediakan juadah berbuka.

 

Kolaborasi ini menampilkan lakonan beberapa pelakon tersohor tanah air antaranya Khatijah Tan, Rashidi Ishak, juga Rita Rudaini turut menampilkan bakat muda yakni Khayrisyah Kamal dan Habeil Lutfillah. Drama yang mengangkat tema hubungan kekeluargaan menampilkan kisah keluarga yang telah beberapa tahun tidak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama. Kali ini, ibu bapa mereka bertekad untuk memastikan anak dan cucunya pulang keran merindui mereka. Dengan kesibukkan kerja, ia membataskan mereka dari meluangkan masa pulang ke kampung untuk sambutan raya. Menariknya, kali ini Wan dan Tok Wan bercadang untuk datang ke Kuala Lumpur. Adakah mereka berjaya memujuk keluarga ini pulang ke kampung atau adakah Wan dan Tok Wan akan meraikan hari raya bersama di Kuala Lumpur dengan gembiranya?

 

Rancangan ini akan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Khamis jam 6 petang bermula 25 Mei hinggalah 15 Jun 2017. Siaran ulangan bermula  3 hingga 6 Julai bermula jam 5.35 petang.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone