Idea - 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan - Page 8 of 22 - Glam Malaysia

Idea – 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan

Hiasan kertas dinding mampu mencipta atmosfera berbeza sebaik melangkah masuk ke satu-satu ruang di kediaman. Sama ada, kertas dinding dipasang memenuhi keseluruhan dinding di seluruh ruang atau sekadar satu panel dinding (feature wall), yang penting adalah pemilihan corak dan padanan warna. Corak lebih bold dan sarat dalam warna-warna mendalam menjadi trend hangat sepanjang tahun ini. Lihat koleksi gambar inspirasi kertas dinding di ruang-ruang kediaman untuk anda lebih berani untuk mencuba.

 

Slide untuk lihat gambar. 

8 of 22
Use your ← → (arrow) keys to browse

Personaliti Kate Reynold memilih corak tekstil dan kertas dinding unik dan mempesona untuk kediamannya di Brooklyn. Ruang makan ini mempersembahkan reka bentuk geometri oleh Brian Paquette yang disudahi hamparan permaidani indah asli dari Morocco.