Idea - 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan - Page 6 of 22 - Glam Malaysia

Idea – 22 Paten & Warna Kertas Dinding Menawan

Hiasan kertas dinding mampu mencipta atmosfera berbeza sebaik melangkah masuk ke satu-satu ruang di kediaman. Sama ada, kertas dinding dipasang memenuhi keseluruhan dinding di seluruh ruang atau sekadar satu panel dinding (feature wall), yang penting adalah pemilihan corak dan padanan warna. Corak lebih bold dan sarat dalam warna-warna mendalam menjadi trend hangat sepanjang tahun ini. Lihat koleksi gambar inspirasi kertas dinding di ruang-ruang kediaman untuk anda lebih berani untuk mencuba.

 

Slide untuk lihat gambar. 

6 of 22
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamar mandi di kediaman di Los Angeles mempamerkan kerusi yang dibaluti bendera negeri California, sinki dan kelengkapan lain daripada Waterworks dan kemasan dinding direka oleh Nathalie Lété. Pintu kayu dicat semula di Studio Green Farrow & Ball.