Hartanah - Aset Premium Di Putrajaya - Glam Malaysia

Hartanah – Aset Premium Di Putrajaya

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bayangkan kediaman mewah ditemani landskap hijau berlatar suasana tasik yang jauh dari kesesakkan kota metropolitan. Hening Precint 16, Putrajaya, projek terbaru di bawah Putra Perdana Development Sdn Bhd (PPD), salah satu pemaju hartanah hijau perintis di Malaysia.

 

Hening terdiri daripada 39 unit villa teres tiga tingkat dan bakal dibina di atas tanah seluas 2.33 ekar, menjadikannya pembangunan berkepadatan rendah. Terdapat tiga jenis unit yang tersedia, dengan keluasan saiz antara 3,271 kaki persegi hingga 4,496 kaki persegi untuk Jenis A (16 unit) dan Jenis C (12 unit) kedua-duanya akan terdiri daripada 5 bilik tidur dan 5 + 1 bilik mandi.  Manakala Jenis B (11 unit) terdiri daripada 5 + 1 bilik tidur dan 5 + 1 bilik mandi. Pembinaan Hening baru sahaja bermula dan dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2019.

 

“Hening telah dibangunkan dengan menggabungkan kehidupan yang berkualiti tinggi, mewah, eksklusif, lengkap ciri keselamatan dan harmoni alam. Kami percaya bahawa gabungan unik ini akan menarik lebih ramai pemilikan rumah-rumah premium tepi tasik ini, “kata Ketua Pegawai Eksekutif PPD, Encik Akmel Zurin Bin Haron.

See also
Bicara Landskap bersama Arkitek Landskap, Azry Fazamy

 

Tambahnya, “Penduduk akan dapat menikmati gaya hidup terbaik yang ditawarkan. Ini termasuklah kemudahan Hospital Putrajaya, sekolah kebangsaan dan antarabangsa, pusat membeli-belah, pejabat pentadbiran kerajaan, pusat rekreasi kejiranan, Taman Botani Putrajaya, Marina Putrajaya dan pelbagai kemudahan sukan, “kata En. Akmel.

 

Info Pemaju

 

PPD adalah anak syarikat milik penuh Putrajaya Perdana Berhad (PPB). PPD kini telah membina dan menyiapkan lebih daripada 1,000 unit hartanah kediaman dari banglo, rumah berkembar, rumah super-link, rumah bandar dan pangsapuri kerajaan. Beberapa projek yang lengkap termasuk D’Heron di Tasik, Danau Mutiara dan hartanah Desiran Bayu serta Bangunan Diamond, yang merupakan bangunan pejabat pertama di Malaysia yang disahkan dengan penarafan GBI Platinum oleh Green Building Index Sdn Bhd Malaysia dan Green Mark Platinum oleh Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan Singapura.

 

Slide untuk lihat gambar.