GLAM Deko Selebriti - Siri Realiti Ikon Fesyen Negara - Glam Malaysia

GLAM Deko Selebriti – Siri Realiti Ikon Fesyen Negara

Nama Dato’ Rizalman Ibrahim tidak perlu lagi diperkenalkan. Beliau merupakan ikon fesyen Malaysia yang sangat disanjungi, dan sememangnya nama besar apabila melibatkan cita rasa tinggi dan pandangan kreatif. Kini, buat pertama kalinya, pereka terkenal ini bakal berkongsi mengenai gaya hidup peribadinya dalam sebuah siri rancangan realiti original, penuh eksklusif melalui saluran Life Inspired.

 

Kata Rizalman ” Ia bagaikan impian menjadi kenyataan bagi saya apabila dipelawa untuk disiarkan dalam Life Inspired. Ia merupakan salah satu daripada saluran TV kegemaran saya dan menjadi hasrat saya untuk memenuhi permintaan penonton yang ingin mengetahui dengan lebih dalam mengenai rahsia hidup Rizalman dan bagaimana saya mengendalikan banyak proses kreatif dalam bidang kerja saya.”

 

Siri lapan episod ini akan menyoroti kehidupan harian Rizalman, sebagai pereka fesyen, pereka hiasan dalaman, perancang majlis dan perkahwinan, usahawan dan bapa kepada dua anak lelaki. Siri realiti ini membawa penonton untuk mengenali dengan lebih dekat dan personal bersama pereka tersohor ini apabila beliau menyeimbangkan peranannya di antara jadual kerja yang padat dengan tugas domestik, dan mengenali sumber ilham di sebalik setiap karya seni sentuhan Rizalman.

 

Rizalman
Premier 30 Mei 2017 | Selasa, 10PM MY/SIN/HK
30 minit | 8 episod