GLAM Deko Sajian - Resipi Tat Lemon (Kek & Co) - Glam Malaysia

GLAM Deko Sajian – Resipi Tat Lemon (Kek & Co)

Gambar : Patrick Chan

 

 

GLAM Deko bertemu dua artisan kek dan pastri, Satira Diana bersama Farah Melissa yang menerajui seni manisan, Kek & Co.

 

Membawakan dimensi seni manisan berbeza, kata Satira,

 

“Kek & Co tampil lebih abstrak dan sarat butiran fantasi. Kami hanya menawarkan dua jenis kek yakni coklat dan vanila, manakala buat karya luaran terpulang pada permintaan dan inspirasi rekaan kami sendiri.”

 

Satira menggalas tanggungjawab dalam mereka bentuk kek, manakala Farah menguruskan tempahan dan membakar kek. Setiap urusan tempahan dan rekaan dilakukan sepenuhnya di atas talian. Tambah Satira lagi,

 

“Design is very subjective. Sama seperti gaya coklat dripping di bibir kek, corak itu bersifat global. Kami menggayakan dripping but with addition of touch and drama to the cake. Kek & Co juga memperkenalkan diameter kek yang lebih kecil dan lebih tinggi.”

 

 

Tat Lemon

 

Bahan – bahan

See also
Meraikan Planet OMEGA Bersama Cindy Crawford Dan Kaia Gerber

 

Kerak Tat

 

50 gm mentega

140 gm tepung gandum

1 sudu besar gula aising

1 sudu besar ekstrak minyak anggur

1 biji telur kuning

 

Lemon Curd

 

3 biji telur saiz sederhana

2 biji telur putih

140 gm gula aising

2 sudu besar parutan kulit lemon

125 ml jus lemon

200 ml crème fraîche

 

 

Cara menyediakan

 

 Kerak Tat

 

  1. Satukan mentega bersama tepung dan gaul rata menggunakan jari sehingga membentuk adunan lembap.
  2. Masukkan gula aising dan gaul adunan rata. Bentukkan ruang di tengah-tengah adunan.
  3. Kemudian, masukkan minyak, telur kuning dan 1 ½ hingga 2 sudu besar ai sejuk. Gaul lagi sehingga adunan sebati.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat. Canaikan doh pastri menggunakan pin penggulung mengikut ukuran acuan dulang tat.
  5. Tebukkan lubang udara pastri menggunakan garfu sebelum membakar.
  6. Biarkan pastri rehat selama 10 minit. Bakar pastri tat pada suhu 170 darjah selsius.
  7. Biarkan pastri tat menyejuk.

 

Lemon Curd

 

  1. Pukul telur bersama telur putih menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  2. Ayakkan gula aising di dalam mangkuk. Masukkan gula ke dalam adunan telur tadi dan gaul sehingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan parutan kulit lemon bersama jus lemon. Biarkan adunan rehat agar jus lemon dapat meresap.
  4. Tapiskan adunan lemon. Pukul crème fraîche sehingga ringan menggebu. Kemudian, masukkan adunan lemon tadi.
  5. Tuangkan adunan lemon ke atas kerak pastri. Pastikan kerak pastry telah sejuk.
  6. Bakar tat pada suhu 150 darjah selsius selama 25 hingga 30 minit atau sehingga lemon curd masak.
  7. Biarkan tat sejuk sebelum menghias dengan krim.
See also
Kediaman - Sentuhan Kontemporari Sejati Residence