GLAM Deko Ruang – Tip Memilih Sofa

Nafas Klasik

Untuk keselesaan, sofa yang tepat penting untuk menaikkan ambien yang ingin diciptakan. Seleksi oleh MajuHome patut anda pertimbangkan untuk menyempurnakan ruang tamu kediaman anda. Memilih untuk mengangkat sofa berasaskan kulit sebagai salah satu pilihan di ruang pamer mereka, sifat perabot yang berasaskan kulit, mempunyai jangka hayat yang panjang selain rekaan yang sentiasa terlihat klasik dan memukau. Ditambah dengan aplikasi penghasilan menggunakan tangan daripada pakar, ia sememangnya pelaburan yang berbaloi buat pemilik kediaman.
Khusus untuk kediaman yang memiliki ruang terhad, gaya sofa berbentuk L menjadi pilihan untuk melengkapi ruang tamu kediaman. Ini kerana anda tidak memerlukan suai padan dengan hanya melengkapi ruang bersama seleksi meja kopi atau kabinet hiasan untuk memastikan ruang tampil. Usah khuatir kerana MajuHome mempunyai seleksi lengkap kelengkapan hisan dan perabot untuk kediaman anda.

Ruang pamer jenama ini terletak di Subang Jaya bersebelahan lebuhraya LDP dan di Pusat Beli Belah Citta Mall.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rona hitam yang klasik untuk pelaburan jangka panjang.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone