GLAM Deko Ruang - Perabot Kulit - Page 5 of 13 - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – Perabot Kulit

Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Kulit - Material klasik yang tahan lasak sesungguhnya merupakan satu pelaburan paling bernilai dalam sebuah kediaman. Kulit antara item yang mampu membias rasa mewah, malar segar jika bijak suai padannya. Lihat permainan material kulit oleh jenama tempatan, Rozel untuk setiap ruang yang ada di kediaman.

 

Bagi yang mahu melihat sendiri kehalusan reka bentuk perabot berasaskan kulit jenama Rozel, ruang pamer Rozel di 204 - 1, Jalan Ampang.

 

5 of 13

RUANG KELUARGA 

Perkara utama untuk ruang ini semestinya keselesaan. Sofa L dari rangkaian Rozel Signature tampil mewah dengan padanan rona metalik berselang material kayu sebagai pelengkap gaya. Ia juga praktikal untuk ruang tamu buat kediaman yang bersaiz kecil seperti kondo dan apartmen.