GLAM Deko Ruang - Perabot Kulit - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – Perabot Kulit

Teks : Shahril Hadi Halim
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Kulit – Material klasik yang tahan lasak sesungguhnya merupakan satu pelaburan paling bernilai dalam sebuah kediaman. Kulit antara item yang mampu membias rasa mewah, malar segar jika bijak suai padannya. Lihat permainan material kulit oleh jenama tempatan, Rozel untuk setiap ruang yang ada di kediaman.

 

Bagi yang mahu melihat sendiri kehalusan reka bentuk perabot berasaskan kulit jenama Rozel, ruang pamer Rozel di 204 – 1, Jalan Ampang.

 

1 of 13

RUANG TAMU 

Rona neutral pilihan paling popular untuk ruang yang sering digunakan tatkala anda menerima kunjungan tetamu. Sofa gaya chesterfield  063-KK-089B rangkaian Rozel Gold berkaki kayu ini meniup nafas kontemporari pada ruang. Praktikal untuk kediaman dengan ruang tamu yang luas, anda turut boleh menambah kerusi bertangan jika mahu memecah kebosanan ruang.