GLAM Deko Ruang - 17 Idea Reka Bentuk Dapur Berpulau - Page 9 of 17 - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – 17 Idea Reka Bentuk Dapur Berpulau

Dibina agar berfungsi, praktikal dan tentunya menambahkan gaya, kabinet dapur berpulau boleh dimiliki tanpa mempertikaikan keluasan ruang kediaman. Apartmen, kondominium atau teres, reka bentuk kabinet aksesori dapur ini mampu direalisasikan. Kuncinya adalah bijak mempergunakan ruang seadanya, rancang reka pelan sebaiknya, dan perlu mengikut gerak kerja selancar sang penghuni agar tidak kekok apabila beraksi di dapur. Lihat 17 inspirasi bergambar sebagai rujukan.

9 of 17

Kayu Oak

54bf8fe1164e2_-_13-islands-mikkel-xln

Reka bentuk dapur oleh Kelly Wearstler untuk kediaman keluarga di Pulau Mercer, Washington menggabungkan kaunter berpulau kayu oak dilapisi permukaan marmar gelap.