GLAM Deko Ruang - 17 Idea Reka Bentuk Dapur Berpulau - Page 13 of 17 - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – 17 Idea Reka Bentuk Dapur Berpulau

Dibina agar berfungsi, praktikal dan tentunya menambahkan gaya, kabinet dapur berpulau boleh dimiliki tanpa mempertikaikan keluasan ruang kediaman. Apartmen, kondominium atau teres, reka bentuk kabinet aksesori dapur ini mampu direalisasikan. Kuncinya adalah bijak mempergunakan ruang seadanya, rancang reka pelan sebaiknya, dan perlu mengikut gerak kerja selancar sang penghuni agar tidak kekok apabila beraksi di dapur. Lihat 17 inspirasi bergambar sebagai rujukan.

13 of 17

Kabinet Cast – Iron

kit-castironisland1

Dapur berpulau rumah lama di London ini diperbuat daripada besi ditempa (cast-iron) abad ke-19, dan disudahi kemasan batu marmar Cararra sebagai permukaan kaunter. Jubin Portugis awal abad ke-20 dan aksesori lampu antik Perancis menyempurnakan keseluruhan ruang.