GLAM Deko Ruang - 16 Reka Bentuk Dapur Kecil - Page 11 of 16 - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – 16 Reka Bentuk Dapur Kecil

Gambar : Google 

 

Berfungsi seperti jantung kediaman, dapur tidak pernah berhenti daripada gerak kerja aktiviti seisi penghuni. Sentiasa hidup! Ruang ini perlu ditata praktikal dan tentunya stylish agar dapat merangsang minda dan rohani setiap kali melangkah masuk. Peraturan warna blok mencipta ilusi kecil dan padat tidak lagi boleh diguna pakai. Suntikkan warna-warna hangat atau pastel berkuasa meningkatkan adrenalin sang penghuni setiap kali berada di dapur.

 

11 of 16

KAUNTER KAYU

Dapur di kediaman pemain gitar band Coldplay, Jonny Buckland, dipersembah serba hitam maskulin. Kerusi bar, Lawson-Fenning dibaluti material kulit, Edelman. Jubin daripada Ann Sacks.