GLAM Deko Kediaman - Ritma Eklektik - Glam Malaysia

GLAM Deko Kediaman – Ritma Eklektik

 

Permainan warna jelas terserlah saat memasuki kediaman ini yang bermain pelbagai elemen dalam menata ruang dalamannya. Palet yang terang dan mewah seperti ungu juga emas mendominasi ruang melalui pemilihan perabot juga perincian. Oleh kerana pemilik kediaman memiliki banyak koleksi perabot dan perhiasan dari kediaman lama, selain yang disimpan hasil kembara ke seluruh pelusuk dunia, ia menjadi antara teras dalam menetapkan gaya dekorasi pilihan. Ben Firdaus Azraai yang dilantik oleh pemilik sebagai pereka hiasan dalaman memilih untuk menyerlahkan gaya dekorasi kediaman ini dengan mencantumkan koleksi asal bersama sedikit aksesori pelengkap untuk penampilan lebih sempurna.

 

Asas dalam penataan kediaman ini adalah pemilihan seleksi lampu yang unik dan berbeza buat mencipta kontras pada setiap ruang. Bermula dari ruang tamu hinggalah ke kamar beradu, gaya lampu yang dipilih adalah berbeza setiap satunya. Perkara lain yang dititikberatkan untuk ruang kediaman ini adalah seleksi kemasan lembut untuk memastikan ia mampu menaikkan rasa selesa dan damai, namun mengekalkan rasa mewah itu sendiri.

See also
Kim Kardashian Berang Hasil Karya Seni North Dipertikai

 

Rasa moden klasik terjalin melalui suai padan di antara satu ruang dengan ruang yang lain biarpun terletak bersebelahan. Ruang kondo sememangnya memiliki keluasan ruang yang sedikit terhad namun melalui rasa yang disuntik oleh pereka, dengan jelas dapat merasakan perbezaanya setiap kali melangkah memasuki ruang lain.