GLAM Deko Kediaman - Aura Mewah - Page 5 of 7 - Glam Malaysia

GLAM Deko Kediaman – Aura Mewah

Gambar : Wan Izahar (One Digital Solution)

Suai padan kemasan dan mainan warna menjadi pertaruhan dalam menciptakan sebuah mahligai indah milik Datin Norazian Ismail. Pilihan pereka hiasan dalaman menajdi teras buat menyempurnakan keseluruhan penampilan ruang.

 

Biarpun pada peringkat awal Azian tidak menetapkan konsep khusus untuk kediamannya, hasil daripada rujukan melalui pembacaan majalah, menemukan dia dengan Siti Hawa Ismail, yang juga pemilik dan pereka hias dalaman Laurea Home Furnishing.

 

Kata Azian, "Ketika melihat sentuhan dan hasil kerja yang dilaksanakan oleh Siti untuk projek-projeknya yang terdahulu, saya rasa terpikat untuk memilih dia dalam menyempurnakan wajah kediaman ini."

Hampir kesemua yang ada di kediaman ini merupakan pilihan dan keputusan akhir yang dilakukan oleh pereka. Tambahan pula pemilik tidak terlalu cerewet dengan idea dan keputusan daripada Siti Hawa.

 

Ternyata sentuhan Laurea Home Furnishing dengan wajah dekorasi seindah ini, pilihan gaya yang diterapkan membiaskan mahligai mewah yang menampilkan cita rasa tersendiri.

 

 

5 of 7

RUANG KAMAR UTAMA 

 

 

 

Jalinan rona bumi masih mendominasi dengan focal point  rekaan headboard dari pilihan rona sedondon.