GLAM Deko Diari – Tip Memilih, Penjagaan dan Pelupusan Peranti Digital

 

Berita mengenai kes-kes kemalangan yang terjadi diakibatkan oleh gajet dan peranti digital sering sahaja kita dengar. Kecederaan yang disebabkan letupan ketika penggunaan telefon bimbit, kebakaran kecil yang terjadi ketika proses mengecas, dan pelbagai lagi sebenarnya boleh dielakkan jika kita mengambil langkah yang tepat bermula dari proses pembelian lagi.

 

Untuk itu, Courts Malaysia mengambil tanggungjawab untuk memastikan para pengguna yang mendapatkan produk elektronik dari mana-mana kaunter jualannya terjamin dan didik mengenai kitaran yang baik dalam penggunaan telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Untuk itu, mereka telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyahut kempen ” Periksa Label Anda” untuk memastikan anda membeli produk yang telah menjalani ujian keselamatan oleh badan yang bertanggungjawab seperti Sirim. Kempen ini telah bermula sekitar tahun 2014 untuk memastikan kita sentiasa selamat kerana penggunaan gajet pada hari ini adalah bagaikan keperluan harian.

 

Selain dari itu, mereka turut bekerjasama menyediakan tong pelupusan alatan elektronik (Mobile E-Waste) agar setiap gajet dan peranti yang sudah tidak lagi digunakan melalui proses pelupusan yang betul untuk memastikan ia tidak mencemarkan alam dan melepaskan bahan toksik yang akan memberi kesan sampingan dalam jangka panjang. Courts merupakan rakan sulung bagi kategori peruncitan buat SKMM dalam menjalankan kempen sebegini. Buat masa ini, tong ini tersedia di 10 ruang pamer sekita Lembah Kelang dan beberapa negeri terpilih.

 

Buat pengguna yang mendapatkan produk elektronik sperti telefon bimbit dan tablet dari Courts, mereka turut menawarkan skim penjagaan telefon sepanjang tempoh penggunaan. Dr. Digital merupakan skim yang melindungi software telefon anda dari serangan virus dan isu-isu teknikal lain yang mungkin mengganggu perjalanan sistem gajet anda. Manakala program ‘Extended Warranty’ yang ditawarkan kepada pembelian produk secara tunai turut memberi perlindungan tambahan selama 1 tahun selepas perlindungan oleh pengeluar. Anda turut dilindungi oleh beberapa insiden kecuaian yang tertakluk pada syarat dan regulasi mereka.

 

Low Bee Yin, Pengarah Pemasaran dan Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Hanafiah, Ketua Pegawai SKMM melancarkan tong pelupusan peranti digital di Courts.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone