GLAM DEKO DIS 2014/JAN 2015 - Glam Malaysia

GLAM DEKO DIS 2014/JAN 2015

 

DEC

PARTY SEASON, penutup tirai tahun 2014. Tema ini merangkumkan kupasan bagaimana merancang dan melaksanakan majlis penuh gaya dan tampil sempurna. GLAM DEKO menyediakan 10 halaman tentang idea menghias meja makan berkonsepkan gaya country ke shabby chic di ruangan ILHAM. Tip dan panduan majlis sempurna oleh party planner yang juga selebriti terkenal, Jeslina Hashim bersama rakan kongsi, Datin Moiz dan Zaireen Zuleikha ditampilkan di ruangan HUJUNG MINGGU, sarat ilham meraikan majlis penuh stail dalam mood kasual nan elegan. Ketahui juga trend warna yang bakal popular untuk tahun 2015 bersama info terkini item harus dimiliki di ruangan TREND. Istimewa DESIGNER SHOWCASE- The Best In Interior Design berkongsi projek kediaman oleh lima pereka dalaman ternama tempatan.