Personaliti Ellen DeGeneres Lancar Koleksi Cadar dan Kemasan Lembut Katil - Glam Malaysia

Personaliti Ellen DeGeneres Lancar Koleksi Cadar dan Kemasan Lembut Katil

[soliloquy id=”47705″]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Personaliti televisyen Hollywood, Ellen DeGeneres mempersembahkan koleksi cadar dan kemasan lembut kamar beradu, ED Ellen DeGeneres. Cerminan persona dan karakter sebenar Ellen yang lincah, positif dan minimalis, koleksi ED Ellen DeGeneres memfokuskan cetakan garis geometri, lukisan botani, teknik sulaman timbul dan mainan tekstur fabrik selesa kapas dan linen. Membariskan enam rekaan, koleksi ini merangkumi set cadar, sarung bantal, kusyen dan selimut.

 

Kata-kata hikmat postif, ‘Joy,’ ‘Love,’ ‘Kindness’ dan lukisan komik kartun haiwan seperti kambing dan badak untuk sarung kusyen antara suntikan keseronokkan Ellen.

 

Ellen memilih palet biru gelap, coklat khaki, kelabu, diselangi warna terang sarung bantal; merah dan kuning untuk keseluruhan koleksi terbarunya ini.

 

Koleksi Ellen DeGeneres dijual eksklusif di Bed Bath & Beyond.

 

Sebelum ini, Ellen pernah mengeluarkan produk dekorasi rumah seperti barware, set pinggan mangkuk dan kemasan lembut meja.

See also
Keseruan Acara Eksklusif Emporio Armani Bersama Tetamu VIP