Diari Deko – Bayu Baru The Datai Langkawi

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Resort termewah, The Datai Langkawi telah memulakan proses pengubahsuaian terbesar yang bermula 4 September lalu. Projek pertumbuhan semula ini menandakan peningkatan terbesar sejak penubuhannya lebih 23 tahun lalu.

 

Bakal dihentikan operasi secara rasmi selama 10 bulan, The Datai Langkawi mempertanggungjawabkan pereka, Didier Lefort daripada DL2A untuk rekaan baru keseluruhan seni bina resort.

 

Masih mengekalkan DNA Datai, Lefort akan memantau konsep reka bentuk, pemulihan semula landskap, pembaikan bilik penginapan, lampu dan papan tanda.

 

“Pembaharuan ini bukti komitmen, The Datai Langkawi bagi menyediakan penginapan mewah yang tiada tandinganya, tahap perkhidmatan paling tinggi dan kemudahan moden yang menarik minat pelancong global hari ini. Penutupan resort akan membolehkan kami menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian ini secepat mungkin dan menerima kembali tetamu ke syurga pulau bersejarah ini menjelang pertengahan tahun depan,” jelas Arnaud Girodon, Pengurus Besar The Datai Langkawi.

 

Pemulihan The Datai Langkawi bakal memperlihatkan reka bentuk dalaman baru yang serba mewah, asli, gaya dan kehidupan tempatan berpaksikan sebagai residen naturalist. Projek ini dijadualkan siap menjelang musim panas 2018.

 

Slide untuk lihat gambar.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone