Destinasi – Rasa Fusion di Nero-Nero

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gabungan dua palet rasa berbeza mencetuskan seleksi menu unik dan tersendiri.  Sememangnya tidak terlintas cita rasa dari dua benua berbeza yakni Itali dan California yang bersifat santai mampu diramu di atas sebuah pinggan hidangan yang sama.

 

Namun kebijaksanaan Chef Domenico Nicolino bermain dengan bahan segar dan teknik berbeza – menguji palet rasa penggemar makan di ibu kota. Ditambah  suasana yang mendamaikan sememangnya Nero Nero lokasi yang patut dicuba.

 

Dekorasi yang membangkit rasa bagaikan menikmati hidangan di kafe-kafe sekitar bumi Eropah ini disempurnakan dengan binaan pancuran air di tengah-tengah restoran.

 

Jika mahukan rasa yang lebih santai, anda turut boleh duduk di luar persekitaran restoran sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Gabungan gaya kontemporari dan klasik yang diterjemahkan serba santai ideal untuk gaya yang elegan sambil menikmati hidangan.

 

Kunjungi restoran yang menempati pusat beli belah terkini Damansara City Mall yang terletak di tengah tengah Damansara Heights. Ia mudah diakses dari semua jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur.

 

 

 

Slide untuk lihat gambar.