Destinasi - Modenisasi Rotan - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Destinasi – Modenisasi Rotan

Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Patrick Chan 

 

Apa?

 

Rotan, material daripada serat tumbuhan bersifat tahan lama dan fleksibel. Mula digunakan sebagai asas pembuatan perabot, rotan boleh ditenun, dilentur dengan mudah mengikut rekaan yang diingini menjadikannya kekal relevan sehingga ke hari ini. The Rotan Lot mengembalikan kegemilangan perabot rotan bertepatan cita rasa dan gaya hidup milennial.

 

Yang Istimewa

 

“Rotan tidak pernah pudar dari radar industri seni reka bentuk perabot kerana sifatnya yang ringan, fleksibel dan klasik. The Rotan Lot hanya menukar dimensi rekaan rotan menjadi lebih moden dan praktikal untuk kegunaan masa kini,” beritahu Nana Khan, pemilik The Rotan Lot. The Rotan Lot memulakan langkah dalam industri sebagai pengedar perabot rotan online sekitar Jun tahun lalu.

 

Semua perabot diperbuat daripada rotan semulajadi dan dibuat tangan sepenuhnya. Pengunjung boleh melihat dan menyentuh sendiri tekstur pelbagai rekaan rotan termasuk kerusi berlengan, kerusi malas, bangku, kabinet, gerobok, meja kopi yang dianyam motif unik seperti floral dan geometri; dan aksesori hiasan lain termasuk terendak lampu lantai dan lukisan.

 

The Rotan Lot turut menerima tempahan jika ada yang mahukan rekaan eksklusif mahupun dalam kuantiti yang banyak (bulk order). Anda boleh membawa gambar rujukan rekaan perabot yang dimahukan dan The Rotan Lot akan merealisasikan tanpa ragu. Malah, anda turut boleh memilih untuk mewarnakan perabot rotan seperti hitam, putih, merah jambu mahupun biru firus (turquoise).

 

Di mana?

 

Boleh lihat koleksi perabot rotan menarik di laman instagram rasmi rotanlot atau kunjungi ruang pamer The Rotan Lot di 24 -1, Jalan SS 19/ 1G, Subang Jaya.

 

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Satu lagi rekaan almari yang menarik, pelanggan boleh menempah reka bentuk perabot dan aksesori mengikut citarasa dan warna di The Rotan Lot.