Butik Kontemporari - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Butik Kontemporari

Ilham Gaya Seharian

Teks : Shahril Hadi Halim

 
Penerima Anugerah Piala Seri Endon, Ridzuan Bohari yang telah berkecimpung di dalam bidang fesyen mencecah 15 tahun kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan butik Bohari yang menawarkan seleksi pakaian sedia pakai untuk penggemar fesyen Malaysia. Butik yang terletak di pusat beli belah Sunway Putra Mall yang terletak strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
 

Koleksi yang ditawarkan disini merangkumi pakaian sedia pakai untuk lelaki dan wanita dalam rekaan gaya kasual. Jika sebelum ini Ridzuan Bohari terkenal dengan rekaan yang dicanting di atas persalinan kaftan mahupun kurung serta selendang, identiti ini dikekalkan namun dalam rasa berbeza yakni melalui penggunaan teknik cetakan digital. Lebih istimewa lagi rekaan paten yang digunakan dihasilkan sendiri olehnya hanya hadir dalam lapan unit untuk setiap rekaan.
 

Pada majlis yang sama, pertunjukkan fesyen bertemakan Paradise membawakan seleksi pakaian yang dinspirasikan dari personaliti menarik oleh beberapa anak muda terpilih. 24 rekaan menampilkan gaya berbeza serba lengkap sama ada lelaki mahupun wanita yang mempunyai cita rasa berbeza. Majlis dirasmikan oleh oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Datu Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse