Bual Deko bersama Rozita Che Wan - Glam Malaysia

Bual Deko bersama Rozita Che Wan

[soliloquy id=”47254″]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gaya hiasan dalaman pilihan?

 

Saya menyukai gaya klasik Inggeris. Ia sentiasa nampak classy and timeless. Manakala, bagi warna untuk melatari dinding kediaman, saya menggemari warna mustard dan burgundy.

 

Perabot harus ada di kediaman?

 

Pilihan saya semestinya sofa yang empuk selesa. Bagaikan tidak lengkap jika ruang tamu tiada sofa yang indah. Ia juga ibarat statement gaya kediaman.

 

Fabrik kegemaran?

 

Untuk busana tradisi, paling ideal bagi saya adalah fabrik sutera Thai. Ia mudah disuai padan dan terserlah gaya mewah. Pilihan warna dan corak juga pelbagai. Manakala, untuk dress moden, saya menyukai penggunaan fabrik sifon kerana tampak feminin dan jelas cantik apabila melekap di tubuh.

 

Must have item in kitchen?

 

Koleksi pinggan mangkuk aneka gaya juga kaki lilin. Saya juga ada koleksi magnet peti sejuk sebagai kenang-kenangan tatkala sesi kembara.

See also
Undi GLAM DEKO My Beautiful Apartment

 

Restoran kegemaran?

 

Saya memilih Madam Kwan’s, seleksi menu yang lebih tradisional. Hidangan berunsurkan nasi adalah satu kemestian buat saya diikuti kuih-muih tradisional sebagai pencuci mulut.

 

Bunga pilihan?

 

Mawar merah dan lili. Haruman semerbak bunga ini membangkit suasana romantik dan menyegarkan ruang.

 

Destinasi kembara pilihan?

 

Kota New York dan Rome. Seni bina yang ada di sana selalu mengagumkan dan mencetuskan ilham buat saya.

 

Hotel pilihan di mana-mana lokasi?

 

Hotel Hard Rock di Pulau Pinang dan Ritz Carlton. Di tempat- tempat lain, saya suka jika hotel yang saya diami membawakan konsep dekorasi Inggeris.