Bengkel Kek & Pastri di Signature Kitchen - Glam Malaysia

Bengkel Kek & Pastri di Signature Kitchen

Meraikan kedatangan lebaran, GLAM Deko dan pakar dapur terkemuka, Signature Kitchen meraikan pembaca setia; mempelajari teknik membakar kek dan pastri bersama Chef Karamvir Singh Godrej.

 

Berlangsung di ruang pamer Signature Kitchen, Kota Damansara, pagi Sabtu, 28 Mac lalu; demostrasi membakar kek dan pastri dimulakan dengan penerangan resipi kek dan pastri diikuti pemilihan bahan-bahan utama. Menu kek dan pastri yang dipelajari oleh tetamu ialah kek coklat gelap, biskut checkerboard, macaron dan eclairs.

 

Berpengalaman selama lebih 24 tahun dalam dunia seni kulinari pastri dan manisan; Chef Karam yang juga pensyarah di Taylor’s College mendapat latihan profesional daripada Humber College of Hospitality di Toronto, Kanada. Chef Karam juga sempat menyatakan beberapa kesilapan kecil dan besar yang sering dilakukan ketika membuat kek.

 

MJ5A5062

Chef Karam berkongsi tip dan petua penting untuk membakar kek dan pastri.

 

MJ5A4921Peserta-peserta dapat melihat sendiri bagaimana menghasilkan kek dan pastri.

 

 

MJ5A5097

Chef Karam tekun menghias kek coklat gelap.

See also
Palet-Trivia Warna Flamingo Pink

 

MJ5A4881

Hasil akhir macaron resipi Chef Karam.

 

MJ5A4857

Antara item yang dibawa pulang peserta termasuk katalog Signature Kitchen.