Inspirasi Ruang – Aroma Sempurna Hujung Tahun

Koleksi lilin haruman daripada Diptyque, Anya Hindmarch dan Amouage.

 

Hujung tahun yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi ini sentiasa di nanti kerana kita mungkin menerima kunjungan ramai tetamu. Untuk itu kediaman perlu sentiasa dalam keadaan segar dengan tebaran aroma yang indah sebagai pilihan terbaik menjemput kehadiran para tetamu yang berkunjung. Pelbagai jenama membawakan seleksi aroma berbeza untuk disesuaikan mengikut gaya dekorasi yang menjadi pilihan.

 

Dengan gaya pembungkusan yang menarik menjadikan ia pilihan sempurna sebagai buah tangan sempena hujung tahun. Hadiah yang malar segar sama ada untuk mereka yang berpindah ke kediaman baru, hadiah ulang tahun mahupun hadiah romantis untuk yang tersayang, pilihan aroma yang berbeza menjadikan ia unik untuk kegunaan tertentu.

 

Penghujung tahun ini beberapa jenama hadir dengan seleksi eksklusif sama ada terhad untuk musim ini mahupun baru sahaja melancarkan rangkaian untuk memenuhi portfolio jenama dan memenuhi kehendak pelanggan hari ini. Kami bariskan aroma terhangat pilihan GLAM Deko sebagai menutup tirai 2017 juga membuka lembaran tahun baru yang bakal menjelang dengan aura yang positif.

 

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Peace oleh Amouage

 

Pilihan terkini untuk jenama antarabangsa Amouage

Mengikuti koleksi Midnight Flower yang menghidangkan aneka lilin haruman dan penyembur kamar oleh jenama ini, Peace kini menjadi koleksi tambahan untuk rangkaian ini. Aroma damai ini menebarkan rasa bagai cetusan rasa di musim luruh ditemani rona suram dan kedinginanan suasana. Simpulan nota kayu cedar, oakmoss dan kayu gaiac bersama blackcurrant, rubarb juga labdanum disempurnakan dengan nota asas bunga sundal malam sebagai pelengkap rasa. Rasakan kedamaian saat ia dinyalakan sehingga 40 jam waktu nyalaan. Dapatkannya di butik Amouagepusat beli belah Pavilion dan Starhill juga di dalam gedung Isetan, KLCC.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone