Inspirasi Ruang – Aroma Sempurna Hujung Tahun

Koleksi lilin haruman daripada Diptyque, Anya Hindmarch dan Amouage.

 

Hujung tahun yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi ini sentiasa di nanti kerana kita mungkin menerima kunjungan ramai tetamu. Untuk itu kediaman perlu sentiasa dalam keadaan segar dengan tebaran aroma yang indah sebagai pilihan terbaik menjemput kehadiran para tetamu yang berkunjung. Pelbagai jenama membawakan seleksi aroma berbeza untuk disesuaikan mengikut gaya dekorasi yang menjadi pilihan.

 

Dengan gaya pembungkusan yang menarik menjadikan ia pilihan sempurna sebagai buah tangan sempena hujung tahun. Hadiah yang malar segar sama ada untuk mereka yang berpindah ke kediaman baru, hadiah ulang tahun mahupun hadiah romantis untuk yang tersayang, pilihan aroma yang berbeza menjadikan ia unik untuk kegunaan tertentu.

 

Penghujung tahun ini beberapa jenama hadir dengan seleksi eksklusif sama ada terhad untuk musim ini mahupun baru sahaja melancarkan rangkaian untuk memenuhi portfolio jenama dan memenuhi kehendak pelanggan hari ini. Kami bariskan aroma terhangat pilihan GLAM Deko sebagai menutup tirai 2017 juga membuka lembaran tahun baru yang bakal menjelang dengan aura yang positif.

 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anya Hindmarch Smells

 

Rangkaian Anya Hindmarch Smells

 

Bermula bulan November ’17, menyaksikan jenama yang terkenal dengan penghasilan tas tangan kulit indah, Anya Hindmarch menambah rangkaian produk berbeza di bawah payung jenama ini. Kali ini lilin haruman menjadi pilihan mereka. Anya Hindmarch bekerjasama bersama perfumer Lyn Harris, mencipta semula aroma yang mengimbau kembali kenangannya bersama ahli keluarga tersayang menikmati musim panas, aroma yang membangkit segar di setiap pagi yang dilaluinya serta sesuatu yang mengingatkannya pada kelahiran bayi baru. Tiga varian yang dipilih dinamakan sebagai Sun Lotion, Coffe dan Baby Powder hadir dalam dua saiz berbeza yakni 175g dan 700g. Nikmati sendiri aroma ini dengan berkunjung ke ruang pamer yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone