Inspirasi Ruang - Aroma Sempurna Hujung Tahun - Glam Malaysia

Inspirasi Ruang – Aroma Sempurna Hujung Tahun

Koleksi lilin haruman daripada Diptyque, Anya Hindmarch dan Amouage.

 

Hujung tahun yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi ini sentiasa di nanti kerana kita mungkin menerima kunjungan ramai tetamu. Untuk itu kediaman perlu sentiasa dalam keadaan segar dengan tebaran aroma yang indah sebagai pilihan terbaik menjemput kehadiran para tetamu yang berkunjung. Pelbagai jenama membawakan seleksi aroma berbeza untuk disesuaikan mengikut gaya dekorasi yang menjadi pilihan.

 

Dengan gaya pembungkusan yang menarik menjadikan ia pilihan sempurna sebagai buah tangan sempena hujung tahun. Hadiah yang malar segar sama ada untuk mereka yang berpindah ke kediaman baru, hadiah ulang tahun mahupun hadiah romantis untuk yang tersayang, pilihan aroma yang berbeza menjadikan ia unik untuk kegunaan tertentu.

 

Penghujung tahun ini beberapa jenama hadir dengan seleksi eksklusif sama ada terhad untuk musim ini mahupun baru sahaja melancarkan rangkaian untuk memenuhi portfolio jenama dan memenuhi kehendak pelanggan hari ini. Kami bariskan aroma terhangat pilihan GLAM Deko sebagai menutup tirai 2017 juga membuka lembaran tahun baru yang bakal menjelang dengan aura yang positif.

See also
Tragedi Pembedahan Kosmetik Selebriti Hollywood

 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Diptyque koleksi Constellation

 

Seleksi Diptyque ’17

 

Kolaborasi bersama pereka grafik, Philippe Baudelocque untuk musim sejuk ini mengangkat tema buruj yang sentiasa menjadi imaginasi sama ada buat anak kecil mahupun dewasa. Dengan membina beberapa imej dari karakter mistik, aroma unik direka khusus untuk menemani rekaan menarik ini. Foret Givre (Frosted Forest) diramu bersama dedaun pine, kayu Hinoki dan pudina menjadi terjemahan buat imej Unicorn. Feu D’agrumes (Fiery Orange) pula menampilkan ikon naga yang menggabungkan aroma oren blood daripada Itali, kayu yang diasapkan, juniper dan cengkih. Manakala Larmes D’encens (Incense Tears) mengangkat figura burung phoenix untuk aroma kemenyan dan myrrh bersama kulit kayu manis. Kunjungi butik pertama jenama ini buat pasaran Asia Tenggara di Pavilion Kuala Lumpur atau singgah di cawangan Ken’s Apothecary.