5 Online Shop Deko Lokal - Glam Malaysia

5 Online Shop Deko Lokal

Hari ini, segalanya di hujung jari termasuklah membeli barangan dan perabot hiasan rumah. GLAM Deko menyenaraikan 5 laman online shop deko tempatan terbaik untuk anda jengah dan beli!

 

Janine resize

 

  1. Janine Kuala Lumpur – www.janine.com.my

 

Andrew Martin, Christian Lacroix, Designers Guild, Marimekko, Portmeirion, dan LSA International antara jenama deko dunia yang dibawakan oleh Janine. Kemasan lembut seperti sarung kusyen, gebar, kertas dinding dan fabrik bermutu juga dijual. Ruang pamer Janine ada di Great Eastern Mall dan Bangsar Shopping Centre.

 

Sprucemy resize

 

2. Spruce Malaysia – www.sprucemy.com

 

Laman web ini menjual perabot dan aksesori berunsurkan Scandinavian daripada Kmart Australia. Anda boleh mendapatkan barangan seperti meja tepi, lampu meja, cadar, troli dapur dan cermin gangsa. Semua pembelian adalah pre-order dan pembeli perlu membuat pesanan dan bayaran mengikut tarikh akhir untuk setiap penghantaran (shipment).

 

imhomestylist resize

 

3. IMHomeStylist – www.imhomestylist.com

 

It’s all about rugs! Di sini anda boleh mendapatkan segala jenis corak dan rekaan moden kotemporari hamparan permaidani. Harga bermula RM699, ada tiga jenis ukuran hamparan permaidani boleh dipilih mengikut jenis reka pelan yang dikehendaki. Samaada floral, geometri, abstrak, just feast your eyes!  Selain permaidani, laman ini turut menjual perabot meja makan dan kanak-kanak.

See also
GLAM Deko Diari - Aroma Antonio Banderas

 

Cotton On resize

 

4. Cotton On Malaysia – cottonon.com/MY

 

Jenama fesyen Australia ini turut membawakan rangkaian rumah berunsurkan Scandinavian. Lampu abjad, bangku kayu, pasu bunga mini, botol air, bingkai gambar laser cut antara barangan yang sering dicari pengguna laman ini. Pembelian melebihi Rm200 ke atas diberikan penghantaran percuma. Penghantaran dilakukan dari Singapura memerlukan 5 hingga 7 hari bekerja.

 

Joy Design resize

 

5. Joy Design Studio – www.joyd.my

 

Mempunyai dua ruang pamer di Setia Alam dan Jalan Maarof, Bangsar, jenama ini turut menjual rangkaian perabot dan aksesori secara online. Memfokuskan rekaan dan corak hidup Scandinavian, kompak dan minimalis, anda boleh mendapatkan sofa, kerusi berlengan, meja makan, meja kopi, lampu meja dan rak – rak penyimpanan. Menariknya, tiada cas tambahan dikenakan untuk pemasangan.