Wajah Baru Musée du Louvre

JR-louvre-museum-installation-paris-designboom-01

 

Musée du Louvre salah satu destinasi monumen mesti dikunjungi selepas menara Eiffel apabila menjejakkan kaki ke bumi romantis, Paris. Musim bunga kali ini, Musée du Louvre akan bertukar wajah apabila artis tersohor, JR dijemput untuk mengabadikan seni kolaj fotografinya menghiasi seluruh permukaan luar monumen piramid kaca itu. Lembaran kertas berimej seni bina bersejarah istana lama Louvre dalam hitam dan putih menggantikan ilusi telus struktur kaca piramid.

Selama lebih 10 tahun berkarya, artis, JR memilih ruang awam untuk mempamerkan kolaj fotografi monumental dan hasil seni urban miliknya. Mercu langit New York, Shanghai, Le Havre, kawasan miskin di Kenya, kawasan setinggi Rio, timur tengah antara yang pernah dibidik oleh JR dan terpamer megah di dinding-dinding bandar besar seluruh dunia.

Pemasangan lembaran kertas sedang giat dijalankan dan orang ramai boleh mula melihat pameran seni terbaru ini pada 25 Mei hingga 27 Jun ini.