GLAM Deko Tip – 5 Tumbuhan Anti-Stress

Basil Plant

 

  1. Basil

Salah satu herba masakan paling popular ini mampu menebarkan aura positif menerusi aroma segarnya.

 

lavender-roses

 

2. Mawar

Kembang mekar dalam suhu dingin dan sejuk, kelopak mawar mengeluarkan aroma wangi dan segar, indah dalam warna-warna terang mahupun lembut, mawar tumbuhan yang agak sensitif dan sukar untuk tumbuh subur jika cuaca panas.

 

peace-lily

 

3. Lili

Sememang mekar mewangi, lili mampu bertahan sehingga dua minggu lamanya. Lili berfungsi sebagai pembersih udara organik kerana berupaya membasmi kulat dalam udara.

 

orchidcutout

 

4.  Orkid

Batang tumbuh berstruktur, mekar, meriah dengan warna, tumbuhan eksotik ini juga dikatakan stress reliever kerana warna bunganya. Malah, pengamal feng shui percaya orkid menambah tenaga positif pada sesebuah ruang.

 

2fba14d83fbb1b90d5f1cb8c76006e24

 

5. Rosemary

Sejak azali, rosemary diperlambangkan sebagai penenang semulajadi. Ini kerana tebaran aroma enaknya yang mengingatkan kepada hari-hari ceria.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone