10 Penyebab Kebakaran di Rumah - Glam Malaysia

10 Penyebab Kebakaran di Rumah

Musim kemarau – musim kebakaran. Ambil perhatian dan teliti perkara – perkara di sekitar rumah punca kebakaran secara tidak sengaja.

 

[soliloquy slug=”52570″]

 

 

 

 

 

 

 

  1. Saluran Longkang

Longkang tidak hanya mengalirkan air hujan yang bertangkung. Kandungan dedaun kering, bangkai serangga atau binatang kecil yang tidak diselenggara sebaiknya boleh menjadi punca kebakaran di rumah. Jangan sesekali membuang putung rokok di dalam saluran longkang kering. Periksa juga saluran longkang bumbung. Tidak hanya mengundang kebakaran, kawasan ini juga menjadi tempat persembunyian binatang dan serangga liar.

 

2. Keretakan Kecil

Pastikan anda membaik pulih kerosakan kecil seperti keretakan, jubin pecah, hilang atau atap bocor dengan segera. Perkara ini antara punca utama kebakaran mudah merebak ke seluruh rumah dengan cepat. Ini kerana bara api terlindung di kawasan-kawasan ini dan menjadikan api marak lebih cepat.

 

3. Daun Kering

Sapu halaman rumah secara berkala. Daun kering, sampah-sarap yang berteraburan di sekitar rumah boleh merebak api dengan marak dan cepat.

See also
Butik Dior Homme Pertama di Kuala Lumpur

 

4. Periksa Bumbung Rumah

Pemeriksaan bumbung secara berkala dapat  mengenal pasti kerosakan material, saluran atau bocor. Membaik pulih kerosakan atau kebocoran bumbung dapat mengelakkan punca bara api terjadi dengan mudah.

 

5. Panel Tetingkap Berganda (Double Pane Windows)

Salah satu pelaburan berbaloi dalam memastikan keselamatan penghuni terjamin apabila terjadi kebakaran. Api tidak mudah masuk ke dalam kediaman kerana cermin tetingkap yang ada tidak mudah pecah. Jika cermin tingkap pecah, masih ada lapisan perlindungan.

 

6. Perabot Luar

Perabot landskap diperbuat daripada kayu, rotan dan hampagas kayu-kayan murah, yang mudah terbakar. Alas kaki rotan mudah terbakar dan mengumpul bara api lalu mempercepatkan proses kebakaran di bahagian porch dan bahagian depan rumah.

 

7. Tumbuhan Landskap

Sememangnya kebanyakkan tumbuhan mudah terbakar. Namun, tumbuhan yang mengandungi sap atau resin lebih cepat terbakar dan merebak api seperti pokok maple Jepun. Tumbuhan yang lebih selamat adalah jenis bunga-bungaan seperti hydrangea, mawar dan lili. Selenggara taman landskap agar tiada tumbuhan mati dan kering.

See also
GLAM Deko Destinasi - Khazanah Tekstil, Ruzz Gahara

 

8. Dek Kayu

Tukar material dek kayu kepada bahan lebih selamat yakni kayu komposit atau aluminium walaupun agak mahal.

 

9. Kemaskini Stor

Pastikan anda tidak menyimpan bahan mudah terbakar seperti gasoline di dalam stor!

 

10. Teratur dan Kemas Setiap Ruang Kediaman

Ruang yang berselerak dan dipenuhi barang menyukarkan pergerakan. Apabila berlaku kemalangan seperti lintas pintas atau apa jua pastikan penghuni mudah untuk melarikan diri tanpa sebarang halangan yang boleh menambah kecederaan.