Tip Makan Angin Di Hong Kong

Tip Makan Angin Di Hong Kong

Tengku Azura di HKGambar: Tengku Azura di Melbourne. (Arkib GLAM)

 
Percutian ke Hong Kong mampu memberikan anda suatu pengalaman yang berbeza dari tempat-tempat lain kerana kota ini menampilkan kesinambungan budaya penjajahan British dan kekayaan budaya dan tradisi rakyat Cina. Tidak menjadi masalah bagi yang menggemarkan percutian yang mencabar dan menyeronokkan di sini memandangkan Hong Kong ini dikenali sebagai pusat ekonomi yang sibuk di dunia. Bagi penggemar membeli-belah, anda pasti akan mencintai kota ini sambil melayari suasana kehidupan malam yang meriah di sini!
 
Hotel
Kebanyakan bangunan asal yang terbina beratus tahun dahulu tidaklah semudah itu untuk mereka sisihkan. Hullet House antara hotel yang menggunakan bangunan seni bina lama yang pernah menjadi quaters polis Marin suatu ketika dahulu. Bangunan yang terletak di daerah Kowloon ini telah di diubah suai dan menjadikan sebuah hotel butik mewah yang ternyata berbeza dari hotel lain dengan menyediakan 10 suites dan mempunyai lima buah restoran. Uniknya tentang hotel ini adalah mereka menamakan setiap bilik dan berdekorasi berbeza-beza, dengan berlantaikan kayu dan ada di antaranya disediakan tempat unggun api.
 
Makan
Cuba rasai keenakan makanan buffet yang disediakan oleh restoran Alibi yang terletak di 73, Wyndham Street, Central ini. Menggunakan konsep buffet namun anda masih boleh menikmati makanan dengan tenang bersama rakan-rakan anda.
 
Kunjung
Setelah puas menjamu pemandangan di sekitar Hong Kong, singgahlah ke Aqua Sprit yang terletak di Tsim Sha Tsui Street untuk berhibur bersama yang tersayang sebelum pulang ke tanah air! Mengambil inspirasi dari Buddha Bar, restoran ini turut menyediakan zon bar berkonsepkan mezzanine untuk keselesaan para pelanggan. Anda juga boleh menyaksikan keindahan Hong Kong lebih lagi di waktu malam kerana restoran ini beroperasi di tingkat 30!
 
 

See also
10 Selebriti Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia