Staycation Tengah Kota Mengasyikkan

Staycation Tengah Kota Mengasyikkan

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bersiar-siar di kolam mandi juga tidak membosankan. Duduk di kerusi anduh seketika pastinya memberi seribu ketenangan. Anda boleh memilih mandi di kolam atau mahu ke gim yang sama aras. Tidakpun menikmati urutan lembut di Vita Spa yang semestinya menyegarkan.

Memilih menu Coffee Scrub selama 40 minit dengan skrub digunakan sangat menyegarkan dan intoxicating aroma lebih melancarkan deria. Mengandungi kaffir lime, pandan dan cassia leaf yang mampu membantu membuang selulit dan membangkitkan kulit tidak bermaya.

 

Selesai menikmati spa anda pasti mahu menyambung lena di kamar ataupun kembali semula ke Club Lounge di level 14. Begitulah rutin anda selama beberapa hari menginap di sini dan anda pulang dengan emosi yang berbeza.