Manja Diri di Spa & Fitness Terhebat - Glam Malaysia

Manja Diri di Spa & Fitness Terhebat

Wanita perlukan emosi aman sebelum membuat keputusan dalam kehidupan peribadi atau berkaitan kerjaya. Sesekali apa salahnya memanjakan diri untuk mententeramkan diri.

 

Ketika dijemput ke M Spa & Fitness di Genting Grand, Resorts World Genting, tidak menjangkakan sama sekali tempoh sejam di gimnasium dan tiga jam di spa adalah pengalaman paling tidak mudah dilupakan.

 

 

Mengambil kata-kata novelis pemenang anugerah, Paulo Coelho, ‘it is a good idea always to do something relaxing before making an important decision in your life.’ Tekanan hidup sering membuatkan diri beremosi dan mengambil satu hari melapangkan fikiran, indah sekali.

 

Berkedudukan di lobi Genting Grand, M Spa & Fitness berkeluasan 17,359 kaki persegi. Terdapat 14 kamar terapi dengan 3,162 kaki persegi gim serta 1,906 kaki persegi studio, termasuk studio nail-and-foot, studio rambut dan bar kafe.

 

 

 

Panorama sekeliling gimnasium dan studio senaman indah kerana kedudukan Genting Grand yang terletak 6000 kaki daripada aras laut. Kabus menebal sekeliling mengundang perasaan berbeza.

See also
Spaghetti Lobster Enak Musim Perayaan

 

“Semua resort hebat perlu memiliki spa hebat dan ternyata M Spa & Fitness, Resorts World Genting adalah pusat spa dan fitness terbaik di wilayah ini,” ujar Victor Foo Yip Hon, Vice President of Hotel Operations bagi Resort World Genting.

 

 

Pembaikpulih lokasi dan pengenalan rawatan wajah dan tubuh tahun ini menambah keunggulan M Spa & Fitness sebagai destinasi spa paling digemari ramai. Sebelum melakukan rawatan wajah, bolehlah melakukan senaman terlebih dahulu.

 

Rawatan spa ‘The Temptress Divine’ pastinya menjadi pilihan dan rawatan disamping mandian sauna membuatkan anda lebih bertenaga.