Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa - Glam Malaysia

Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa

Negara serumpun Malaysia dan Indonesia telah melahirkan bakat-bakat besar yang membanggakan. Silih berganti saat filem Crazy Rich Asians ditayangkan, billboard Mile 22 mula naik dipinggir jalan. Kini nama Henry Golding dari Malaysia dan Iko Uwais dari Indonesia mula dikenali dunia.

 

Siapa tidak mengimpikan mahu melebarkan sayap sehingga peringkat Antarabangsa. Setiap ahli seni pasti mahu menggapai bintang namun sayangnya hanya terkandas separuh jalan.

 

Hollywood ternyata mengungguli dunia dalam industri hiburan dan anda yang berjaya menempa nama di situ bakal mengubah hidup lebih terjamin. Industri perfileman atau hiburan yang sentiasa berkembang maju membuka ruang kerjaya yang unggul terutama bagi anda artis daripada Asia Tenggara.

 

Michelle Yeoh satu-satunya pelakon berasal daripada Perak, Malaysia yang dibanggakan. Namun dia menempa nama sebagai pelakon di Hong Kong sebelum melebarkan sayap ke Hollywood.

 

Bukan semua orang bertuah untuk mendapat tempat di peringkat Antarabangsa kerana persaingan yang sengit perlu dilalui. Sementelah sebagai pendatang, memang sukar mencuri hati penerbit dan pengarah serta pihak media di Negara barat itu.

See also
Butiran Pertunjukan Fesyen Victoria's Secret 2016!

1 of 4

Henry Golding

 

Henry kini berlakon disamping Anna Kendrick, Blake Lively, Matthew McConaughey, Hugh Grant dan Colin Farrell

 

Awal kemunculannya, Henry Golding lebih popular di Malaysia sebagai pengacara kacak. Kehadirannya mencuri perhatian media dan wajahnya sering menghiasi majalah dan akhbar. Tiba-tiba Henry Golding bertukar kerjaya daripada pengacara ke pelakon berbakat besar di Hollywood.

 

Peranan utama Nick Young menerusi filem Crazy Rich Asians membuka peluang Henry Golding menempa nama lebih besar. Dia juga muncul bersama Anna Kendrick dan Blake Lively menerusi filem A Simple Favor dan Last Christmas bersama pelakon British Emilia Clarke.

 

Terbaru dia bakal muncul di dalam filem Toff Guys lakonan bersama nama besar seperti Matthew McConaughey, Hugh Grant dan Colin Farrell. Sesungguhnya Henry Golding membanggakan kita tatkala sering menyebut asal usulnya sebagai Iban dari Malaysia.