Selebriti A-List Menerima Jolokan 'Mean Girls' Hollywood

Senarai ‘Mean Girls’ Popular Di Hollywood

Pasti anda tidak pernah tahu betapa peritnya bekerjasama dengan selebriti-selebriti Hollywood. Mereka turut disenaraikan sebagai ‘The Mean Girls’ oleh wartawan hiburan di Hollywood. GLAM senaraikan selebriti diva yang mendapat jolokan ‘The Mean Girls’ di Hollywood.

1 of 5

Taylor Swift

2015 iHeartRadio Music Awards, 032915

Imej Taylor Swift sebagai ‘The Girl Next Door’ semakin terjejas apabila dilihat sering memutar belit situasi yang memperlihatkan dirinya sebagai mangsa keadaan. Katy Perry yang pernah berteman baik dengan Swift satu ketika dahulu mendedahkan personaliti Swift yang seperti mahu mengawal dan mengatur dirinya sepanjang mereka berteman baik. Jelas Katy lagi dia tidak akan sesekali menyertai ‘The Taylor Swift Squads’ seperti selebriti popular yang lain iaitu Selena Gomezz, Cara Delevingne dan Karlie Kloss. Katy Perry turut menambah, Swift sering memutar belit kenyataan dan berlakon seperti gadis innocent di hadapan wartawan. Bahkan Swift juga turut mempunyai ramai musuh selebriti seperti Kim Kardashian, Miley Cyrus, Kanye West, Kendall Jenner, Camilla Belle dan Calvin Harris.

See also
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Pengganti