Retorik: Tabik Wanita Tegas - oleh Mansor Tun Aziz - Glam Malaysia

Retorik: Tabik Wanita Tegas – oleh Mansor Tun Aziz

42-80553360

Teks: Mansor Tun Aziz

Dulu-dulu kata orang tua menyatakan wanita tidak boleh terlalu cerdik jika ingin mencari pasangan hidup. Sifat sebegitu tidak berapa disenangi lelaki, kerana mereka dambakan isteri yang tarafnya lebih rendah daripada mereka untuk mudah bagi mereka.

 

Dan fikiran orang dulu-dulu terhadap wanita amat seksis. “Tak payahlah nak beriya-iya belajar tinggi-tinggi nanti duduk di ceruk dapur juga… ” Hingga kini, saya kurang memahami mengapa perlu wujudnya konsep power play yang begitu ketara di antara pasangan suami isteri. Adakah kerana pada kaca mata saya, kedua ayah dan ibu saya bahagia berpuluh-puluh tahun hidup bersama tanpa apa-apa isu kerana kedua mereka saling menyayangi dan meraikan kelebihan yang ada pada diri masing-masing?

 

Baru-baru ini, saya sendiri melihat situasi ini masih berleluasa dalam konteks rumahtangga di era serba moden ini. Perkahwinan seorang rakan baik saya kini bagaikan retak menanti belah kerana si suami tidak senang dengan isteri yang bekerja terlalu kuat untuk menyara kehidupan mereka. Si isteri menjawat jawatan sebagai CEO di sebuah syarikat multinasional. Gajinya jauh lebih tinggi daripada suami yang hanya sekadar berniaga kecil-kecilan. Berpunca daripada perbezaan gaji, istana bahagia yang didirikan setelah bertahun-tahun bersama hampir retak. Anak-anak mereka pun semuanya sudah besar panjang. Berbaloikah kerana ego seorang lelaki, mereka bercerai di akhir usia?

See also
Arkib GLAM: Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra

 

Teman saya ini mempunyai personaliti yang cekal, profesional dan berwibawa di pejabat. Cara dia menyelenggara kewangan syarikat serta pekerja-pekerja di bawah jagaannya sungguh impressive dan bisa dijadikan contoh pada orang ramai. Terima kasih kepada sikapnya yang membawa karakter strong woman. Begitu juga penampilan dirinya yang sentiasa kemas dan bergaya dengan fesyen-fesyen terkini. Apabila bergaul dengan rakan-rakan, empunya diri sentiasa girang, gembira dan optimis, menjadikan dia sentiasa disenangi dan disegani ramai. Tetapi bila balik rumah, dia terpaksa berubah secara mendadak menjadi seorang ‘doormat’– lemah, kurang dinamik dan amat berbeza dengan karakter sebenarnya. Kenapa begitu sekali? Kenapa perlu mengubah personaliti diri? Gara-gara kerana suami yang tidak suka melihat si isteri yang dominan atau lebih cerdik daripada mereka. Dan suami sebegini menggunakan kuasa veto mereka untuk menunjukkan yang mereka lebih berkuasa.

 

Saya kagum dengan wanita berwibawa seperi Tan Sri Rafidah Aziz yang tegas dan sangat komited terhadap pandangannya dalam pelbagai aspek, dari sudut politik hinggalah perniagaan. Mungkin sesetengah pihak memandangnya sebagai wanita yang terlalu ke depan dan mahu menonjolkan diri, tetapi bagi saya negara kita memerlukan wanita berpersonaliti kuat sebegitu untuk satu pendedahan yang lebih menyeluruh dan ilmiah. Begitu juga Datuk Paduka Marina Mahathir yang telah banyak membawa pembaharuan yang berani dan praktis dalam sumbangannya terhadap pembangunan pelbagai NGO di negara kita.

See also
Ulang Tahun Ke-61 Malaysia Baru: Izara Aishah Berbicara Mengenai Masa Depan dan Harapan

 

Arwah ayah saya dulu tidak pernah mengongkong ibu saya untuk maju dalam kerjayanya sebagai pegawai kebajikan masyarakat, hinggalah ke tahap yang tinggi. Begitu juga dengan pergaulan dia bersama rakan-rakan dan saudara-mara. malahan, sikap ibu sebagai strong woman telah membuka matanya dan memberi dimensi baru terhadap kehidupan arwah ayah. Ayah seorang yang serius dan pemalu. Berbeza dengan perangai ibu yang senatiasa ceria dan aktif. Tetapi perbezaan uumur dan personaliti mereka berdua jadikan satu ‘plus point’ kerana kini, kami adik beradik, mencontohi kombinasi nila-nilai terbaik daripada mereka berdua. Anda perlu tahu sikap strong woman bukanlah bermaksud dia adalah wanita kurang ajar, bongkak, celupar dan besar kepala. Kaum lelaki alaf baru akan berasa tergugat dengan kemajuan dan tahap keyakinan kaum isteri, tidak mengira stautus atau pun peranan mereka sebagai tunjang keluarga.

 

Justeru itu, saya merasakan adalah penting bagi ibu bapa mendidik generasi akan datang, terutamanya anak-anak teruna mereka supaya tidak bersikap MCP (male chauvanist pig) yang kolot. Pada asasnya, MCP adalah satu taktik kaum Adam menyembunyikan kelemahan diri akibat kurang keyakinan diri dan berselindung di sebalik dengan mendabik dada dengan sifat ego dan bodoh. It is so unnecessary. Anak-anak juga perlu diajar tentang aspek agree to disagree. Mereka tidak perlu ikut membuta tuli tanpa memahami situasi keadaan dan harus belajar membuat analisa positif yang menyeluruh. Strong woman yang ideal pula mampu memaikan peranan konstruktif dan positif mereka pada setiap tahap kehidupan seharian, tanpa memperlekehkan sesiapa di sekelilingnya. Dia menerajui syarikat, dia berstatus ibu dan isteri di rumah, dia ana mithali kepada ibu bapanya, dia adalah rakan yang baik serta penyumbang kepada komuniti sejagat.

See also
Perpustakaan Terindah di Dunia : Klementinum, Prague

 

Dengan itu, wahai kaum lelaki- are you ready for the new strong woman?

 

Mansor Tun Aziz pengurus hartanah peribadi dan bekas pengarah kreatif Granoff. masor gemar mengupas isu-isu gaya hidup terkini memalui penulisan. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my