Retorik: Glut for Likes

Retorik: Glut for Likes

streetstyleGambar: TPGVIP

 
Oleh: Annas Amirul Amiruddin
 
Ketaksuban terhadap media sosial sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Memamg betul, gajet seperti telefon pintar dan tablet kini suatu keperluan. Kita tidak boleh lagi mengengkang keperluan teknologi dalam kehidupan seharian kita. Namun perkembang masyarakat hari ini yang kian ketagihan Instagram, Facebok dan lain-lain, boleh diklasifikasikan sebagai parah dan amat membimbangkan.
 
Dulu, meja makan adalah tempatnya untuk kita berinteraksi. Sekarang, semua orang sibuk membelek telefon pintar masing-masing. The art of conversation sudah mati akibat kewujudan segala jenis servis pesanan ringkas seperti Whatsapp, WeChat dan macam-macam lagi. Sungguh meyedihkan!
 
Dalam keadaan luar sedar, orang sekarang sebenarnya berlumba-lumba mahu membuktikan kepada satu dunia yang mereka cukup bahagia dan betapa kehidupan mereka sungguh sempurna. Betul, kita hanya muat naik perkara yang kita suka dan berasakan cantik, tapi kita tidak menyedari yang kita sebenarnya sedang membaja sifat riak walau pun tidak langsung berniat memaksudkan apa-apa.
 
Trend selfie yang awalnya agak comel, kini meloyakan. Walaupun semua orang tahu, entah berapa puluh kali gambar diambil dengan empat lima kali filter dan edit, barulah gambar dimuat naik. Usah mudah percaya pada gambar-gambar selfie. Wajah sebenar selalunya jauh sekali berbeza. Tidak adalah cantik sangat, badan tak adalah hot sangat. Tidakkah akhirnya kita juga yang malu sendiri? Sesungguhnya sosial media hanya menjual mimpi.
 
Mentaliti hari ini merumuskan yang penampilan adalah segala-galanya dan kita semua bersalah dalam hal ini. Hari ini sesiapa pun boleh jadi popular menerusi media sosial. Ramai yang pengikutnya mencecah ribuan ratus ribu, mengalahkan selebriti sendiri. Kita juga yang mempopularkan mereka apabila turut terjerumus menjadi follower gara-gara rasa ingin tahu walau pun sebenarnya geli dan meluat.
 
Media sosial juga sebenarnya menjana pendapatan luar biasa, secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, bila ada benda baru yang dibeli – beg, kasut atau pakaian baru- adalah wajib untuk dimuat naik. Kalau tak diupload, apalah ertinya membayar sejumlah wang untuk sesuatu yang sebilangan saja nampak. Sebab itu, media sosial seperti Instagram adalah suatu gelanggang yang amat bahaya. Ada manusia yang sanggup berhutang keliling pinggang dengan bil kad kredit yang berlambung asalkan dapat membeli barangan berjenama untuk digayakan dalam media sosial.
 
Sebab kalau beli satu tidak cukup. Bila sudah 20 kali bergambar menyandang beg Chanel yang sama, pasti tuan punya badan berasa panas punggung mahu beli beg Chanel yang warna lain pula. Nanti follower yang beribu itu akan ingat, yang kita ini hanya ada satu sahaja. Konsep yang bodoh, tapi kita semua mempercayainya.
 
Sosial media sebagai tempat untuk menghebahkan kebahagiaan dalam cara yang keterlaluan adalah tidak patut. Ya, mungkin anda memang memiliki keluarga bahagia. Apa guna bahagia kalau tiada siapa yang tahu, betul? Suami kaya, anak comel, Birkin ada 20. Barisan hashtag yang melimpah boleh membuatkan sesetengah orang menyumpah seranah (#blessed, #cutebaby, #loveyou, #happy dan entah apa-apa lagi).
 
Tetapi, ‘bahagiakah’ anda? Kajian psikologi membuktikan, individu yang excessively memuat naik kandungan seperti ini sebenarnya mahu memberitahu dirinya sendiri yang dia bahagia. Untuk meyakinkan yang dia bahagia, dia perlu orang lain memberitahunya yang dia bahagia. Kebahagian dan kesempurnaan diukur dari berapa banyak gambar yang dimuat naik dan berapa banyak ‘like’ yang diterima.
 
Konsep kebahagiaan yang asal sudah hilang logiknya. Dalam banyak keadaan, orang yang paling banyak ‘like’ itu adalah orang yang paling sunyi. Internet likes do not translate exactly in real life. Entah-entah, bila berselisih, bertegur sapa pun jauh sekali.
 
Kalau mahu makan di restoran luar, mesti dijemput sekali kawan-kawan yang ‘bersesuaian’ dengan imej di media sosial. Ada manusia yang memuat naik gambar keluarga beramai-ramai tetapi crop out beberapa saudara yang bertudung litup. Mungkin yang tukang upload mahu dia nampak seperti datang dari sebuah keluarga dengan imej ‘tertentu’? Bunyi seperti shallow, bukan? Tapi anda pun tahu, ini memang terjadi.
 
Bila ada manusia yang komen tiba-tiba pada status anda yang berbunyi, “Miss you! Makan soon please!” Mungkin orang itu sebenarnya sudah hampir seminggu tidak upload gambar yang berupa sesi makan-makan dengan kawan-kawan bergaya di kafe hipster dengan food presentation yang worthy of a flatly photo. Anda mungkin ketawa, tapi orang itu mungkin anda.
 
Annas Amirul Amiruddin bertugas dalam industri perbankan dan minat memantau gelagat masyarakat hari ini yang obses pada diri sendiri.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mac 2015
 
 

See also
Datin X: Bakal Berkahwin Setelah Bertahun Ada Affair