Keindahan Perkahwinan Sultan Muhammad V Bersama Oksana Voevodina Memegun Orang Ramai

Gaya Hidup

Keindahan Perkahwinan Sultan Muhammad V Bersama Oksana Voevodina Memegun Orang Ramai

82

Gambar tidak rasmi akan perkahwinan Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik dari Rusia, Oksana Voevodina dulu pernah tersebar dan menggegarkan negara. Kini, ia sememangnya boleh dikatakan rasmi apabila jurufoto majlis perkahwinan itu sendiri telah berkongsi gambar-gambar ini melalui media sosial.

 

Gambar : premia.event.ru

 

Maxkoliberdin, seorang jurugambar Rusia telah pun berkongsi gambar perkahwinan yang memaparkan imej KDYMM Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik, Oksana Voevodina.

 

Royal wedding, Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina✨? Поздравляю свадебное агентство @svadberry с заслуженной победой в премии “Событие года” #событиегода с настоящей королевской свадьбой, которую я имел честь снимать? Размах свадебного торжества поражает✨ было очень интересно снимать такой сложно срежессированный, красивый, изысканный проект) С королем нашли общий язык в теме фото. Он тоже снимает на #leica (на последнем фото как раз заценил мою камеру?) Спасибо всей команде?? Организатор @svadberry Ведущие @anna_gorod @alexbelov Оформление @lidseventhouse Площадка @barvikhaconcerthall Фото @maxkoliberdin @lev_chudov Видео @partyvision_wedding Фотографии сделаны на камеры #leica @leica_camera #contax645 Filmlab @impressionfilmlab #olympusEM1MARKII @olympus_ru

A post shared by Максим Колибердин ?✨ (@maxkoliberdin) on

 

Melihat pada gambar tersebut, jelas kelihatan Sultan Muhammad V segak mengenakan sepasang baju Melayu berona biru gelap, bersongkok serta bersampin. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi lagi, ia turut merakam detik-detik penting tatkala majlis perkahwinan termasuklah ketika memotong kek, momen bersama bridesmaids, dan persembahan istimewa.

 

Gambar : premia.event.ru

 

Menerusi sebuah portal yang merakam momen-momen istimewa perkahwinan juga telah berkongsi beberapa gambar di sekitar resepsi yang mampu membuatkan ramai terpegun itu.

 

Menurut laporan Daily Mail sebelum ini, isteri kepada Sultan Muhammad V itu telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada tarikh 22 November 2018. Voevodina atau nama Islamnya, Rihana pernah bergelar Miss Moscow pada tahun 2015. Malah Voevodina juga pernah menjadi model peragaan di China dan Thailand.

 

Baru-baru ini, turut tersebar video rasmi perkahwinan Sultan Muhammad V dan Voevodina. Jelas terlihat yang mana majlis tersebut cukup indah dengan rekaan pelaminnya, dekorasinya yang cukup elegan.

Meskipun gambar tidak rasmi perkahwinan Sultan Muhammad V dan Voevodina itu telah tersebar sebelum ini dan sekarang ini, namun masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan. Malah, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir juga mengatakan tidak menerima sebarang pengesahan rasmi berhubungan perkahwinan Sultan Muhammad V.

1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar : premia.event.ru

Your email address will not be published. Required fields are marked *