Norway Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Dunia - Glam Malaysia

Norway Dinobatkan Sebagai Negara Paling Gembira Dunia

Voss, Norway

Have you ever wondered apa perasaan menjadi manusia paling gembira di dunia? Norway mungkin ada jawapan yang anda inginkan.

 

Baru-baru ini, World Happiness (mukasurat 22) telah mengeluarkan senarai negara-negara paling gembira di dunia dan Norway telah menduduki tangga teratas senarai itu diikuti Denmark dan Iceland.

 

Sognefjord, Norway.
Foto: Rita de Lange

Di sebalik masalah harga minyak yang merundum di negara mereka, Norway masih dinobatkan sebagai negara paling gembira. Berbanding tahun lepas, Norway hanya berada di tangga ke-4.

 

Amerika Syarikat pula walaupun mengalami peningkatan dalam pendapatan bagi penduduknya setiap tahun, jatuh dengan mendadak dalam kategori ‘happiness’ kini berada di tangga ke-14. United Kingdom pula di tangga ke-19 dan Perancis di tangga ke-31.

 

Negara tercinta Malaysia pula didapati berada di tempat ke-42 dengan kenaikan sebanyak lima anak tangga. Negara Asia yang lain termasuklah Singapura (26), Thailand (32), Jepun (51), Korea Selatan (56), Philippines (72), China (79), Indonesia (81), dan Vietnam (94).

See also
Santai Coachella

 

Negara Paling Gembira di Dunia (10 Teratas)
  1. Norway
  2. Denmark
  3. Iceland
  4. Switzerland
  5. Finland
  6. Netherlands
  7. Kanada
  8. New Zealand
  9. Australia
  10. Sweden

 

Sumber: Cosmopolitan.my