Nikky Azura Kongsi Pengalaman Sebagai Ibu Kepada Pasangan Kembar

Nikky Azura Kongsi Pengalaman Sebagai Ibu Kepada Pasangan Kembar

Nikky Azura
 
Nikky Azura kongsi pengalaman sebagai ibu kepada pasangan kembar, Iman Ivanna dan Iman Ivanya.
 
“Brace yourself, I’m about to tell you something big!” Dan kemudian doktor berkata, “Ada dua degupan jantung!” “Saya tidak akan melupakan hari itu. Reaksi suami saya, wajah doktor dan juga perasaan saya ketika saya melihat dua imbasan dengupan jantung di skrin komputer. “That was the memorable part of my life,” cerita Nikky teruja mengimbau kembali saat diberitahu akan kandungannya ketika itu. “Saya rasa mereka kelihatan sedikit berbeza. Basically their features, hair and character. Mereka tidak sama, yang kakak lebih montel walaupun adiknya lebih berat berbanding si kakak semasa lahir dan beza kelahiran mereka adalah 10 minit,” terang Nikki bila ditanya mengenai anak kembar.
 
Dia menambah, “Saya melahirkan mereka secara normal. Jadi, persediaan menimang mereka berdua lebih kepada diri saya sendiri. Mental dan fizikal melebihi item yang perlu dibeli memandangkan ini cahaya mata ketiga kami.” Cerita Nikky, “Doktor sebenarnya tidak mahu saya melahirkan secara normal kerana terlalu berisiko untuk ibu dan bayi. Jadi doktor mencadangkan agar saya melakukan pembedahan namun pendapat saya zaman nenek moyang kita dahulu tidak perlu teknologi sebegini dan dapat melahirkan berbelas anak mereka secara normal. Saya beritahu doktor saya mahu melalui prosedur normal jika dibenarkan. Namun jika ia berbahaya untuk bayi saya, saya akan mengikut nasihat doktor.”
 
Sehingga pada hari melahirkan mereka, doktor meyakinkan Nikki untuk melahirkan kembarnya secara normal dan Alhamdulillah walaupun dilahirkan pramatang (36 minggu), saiz mereka adalah normal. Kongsi Nikky lagi, “Mereka sangat berani dan of course sangat pemalu dan kedua-duanya sangat manja. Tetapi saya rasa kakak lebih ekstrovert dan adik pula introvert namun rasanya masih terlalu awal untuk dibezakan. Apa yang saya perhatikan, kakak jauh lebih lasak dan si adik pula manja. Dia akan memerhati kakak dan kemudian mengekorinya.” “Saya menyusukan keduanya, jadi biasanya saya akan rotate. Bila saya menyusui kakak, adik akan minum dari botol. Apabila kakak sudah kenyang dan tidur, giliran adik pula. Just don’t want anyone of them to scream while waiting, I give them bottle first. Mereka perlu tahu bagaimana untuk hidup seperti itu. Because they have too. Saya cuba untuk menyusukan kedua-dua pada masa yang sama tetapi mereka tidak suka. Jadi, apa yang selalu saya lakukan, siapa yang menangis saya akan menyusui dia terlebih dahulu. Yang lagi satu akan dipujuk dan diberi susu oleh pembantu saya.
 
Seorang ibu pasti mempunyai harapan dan impian buat kedua anaknya. Bagi Nikky, “Saya mahu mereka saling menyayangi dan menjaga satu sama lain. Yang jelas, sering mengingati keluarga dan agama. Saya mahu mereka menghormati orang tua dan berjaya dalam hidup mereka. Saya mendoakan kehidupan dan kesihatan yang baik untuk keduanya. All mothers want the same for their children right? That’s my hope for them.”
 
 

See also
Tingkatkan Pengalaman Beli Belah Di Lapangan Terbang Dengan #shopLAH