Mercedes-Benz: Redefine Classy - GLAM Malaysia

Mercedes-Benz: Redefine Classy

Mercedes-Benz tidak memerlukan pengenalan. Sebagai jenama premium dunia automotif, Mercedes-Benz  Malaysia kini melancarkan tiga varian baharu ke dalam barisan penawaran sedan E-Class khusus buat pasaran Malaysia. Tiga kerendaan ini di barisi oleh E 200 SportStyle Avantgarde, E 300 Exclusive Line dan E 350 AMG Line – kesemuanya dilengkapi enjin baharu M264 2.0 liter empat silinder turbo.

 

KENALI VARIAN E CLASS

 

E 200 SportStyle Avantgarde

E 200, enjin berkenaan menghasilkan kuasa 197 hp dan tork maksima 320 hp berbanding 181 hp/300 Nm sebelumnya. Ini membolehkan model tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat. E 200 menerima pakej Avantgarde, dengan bahagian luaran dilengkapkan dengan pakej Sportstyle terdiri dari berberapa ciri-ciri unik seperti lencana pada fender hadapan, kemasan krom pada bawah louvre bampar hadapan dan juga kemasan hitam berkilat pada bampar belakang. Bahagian luaran model ini juga diberikan ciri standard lain seperti rim aloi lima-jejari 18-inci, lampu hadapan LED High Performance dengan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif serta kamera undur. Berbicara mengenai kemasan Avantgarde, model ini menawarkan upholsteri kulit Artico, kemasan aluminium dengan elemen karbon ringan serta kemasan kayu ash hitam pada konsol tengah.

See also
Makanan Perlu Elak Untuk Kanak-Kanak

 
[envira-gallery id=”89065″]

Enjin: 2.0 liter empat silinder sebaris Biturbo
Kuasa: 197 hp
Daya Kilas: 320 Nm
Transmisi: 9G-TRONIC
Pecutan: 7.5 saat (0-100 km/j)
Laju Maksimum: 240 km/j

Harga: RM329,888.00

 
 

E 300 Exclusive Line

E 300 pula, enjin M264 ini menjana 258 hp (245 hp sebelumnya) dan tork maksima 370 Nm. Untuk itu, model tersebut dapat memecut dari pegun hingga 100 km/j dalam masa 6.2 saat. Varian ini dilengkapi  kotak gear sembilan-kelajuan automatik 9G-Tronic secara standard. Pakej Exclusive dengan rim aloi 10-jejari 19-inci, lampu hadapan Multibeam LED bersama Adaptive Highbeam Assist Plus, upholsteri kulit Nappa bersama kulit Artico, kemasan kayu perang berkilat, dan juga kemasan perang ash berkilat pada konsol tengah.Versi pertengahan ini juga dilengkapkan dengan bumbung panaromik, penutup but berkuasa, kamera 360-darjah, pakej Lane Tracking, Keyless-Go, Hands Free Access, sistem infotaimen COMAND Online dengan kawalan pad sesentuh serta sistem bunyi Burmester.

 

Enjin: 2.0 liter empat silinder sebaris Biturbo
Kuasa: 258 hp
Daya Kilas: 370 Nm
Transmisi: 9G-TRONIC
Pecutan: 6.2 saat (0-100 km/j)
Laju Maksimum: 250 km/j

See also
5 Sebab Drunk Elephant Sweet Biome Wajib Dimiliki

Harga: RM379,888.00

 
 

E 350 AMG Line

Varian lebih berkuasa dengan sistem hibrid ringkas di bawah teknologi EQ Boost iaitu E 350 AMG Line.Enjin M264 empat silinder pada model ini diberikan pengecas turbo twin-scroll menggantikan enjin M274 sebelum ini. Sistem hibrid plug-in pada E 350 e sebelum ini juga digantikan dengan sistem hibrid 48-volt dan juga unit starter-alternator pacuan tali-sawat yang membekalkan kuasa 14hp/150 Nm pada putaran enjin sehingga 2,500 rpm, model E 350 ini dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 299 hp dan tork maksima 400 Nm. Pada bahagian luaran, E 350 hadir dengan pakej AMG Line bersama pakej Night, yang terdiri dari apron hadapan AMG, gril radiator Diamond dengan louvre tunggal, serta kemasan hitam berkilat pada penutup cermin sisi dan juga kemasan bampar belakang. Rim aloi lima-jejari berkembar berdiameter 19-inci dan lampu hadapan Multibeam LED bersama Adaptive Highbeam Assist Plus juga adalah standard.

 
[envira-gallery id=”89075″]

Enjin: 2.0 liter empat silinder sebaris Biturbo
Kuasa: 299 hp
Daya Kilas: 400 Nm
EQ Boost: 48V (+150 Nm)
Transmisi: 9G-TRONIC
Pecutan: 5.9 saat (0-100 km/j)
Laju Maksimum: 250 km/j

See also
Koleksi Resort 2019 Tribute Kepada Legasi Max Mara

Harga: RM399,888.00