Lokasi Penggambaran Filem Blockbuster Yang Boleh Dikunjungi - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Lokasi Penggambaran Filem Blockbuster Yang Boleh Dikunjungi

Gambar: Sumber Google
 
Setiap kali menonton filem blockbuster, pastinya anda akan beranggapan bahawa lokasi penggambaran itu hanya dilakukan di studio. Dengan perkembangan teknologi canggih masa kini segalanya boleh dirakam dengan hanya berlatarkan green screen. Namun, tahukah anda ada juga lokasi yang benar wujud seperti mana yang dirakam dalam filem blockbuster.
 
Ada di antara tempat ini yang boleh anda kunjungi. GLAM senaraikan lokasi penggambaran filem blockbuster yang boleh anda kunjungi sekiranya anda merancang untuk melancong ke luar negara.

Sumber: EH!

2 of 5

Hogwarts – Filem Harry Potter

Perkampungan Hobbit ini antara lokasi penggambaran yang terkenal. Lokasi kampung ini terletak di Matamata, Waikato New Zealand. Perkampungan ini direka khas untuk perfileman The Hobbit Trilogy. Bagi peminat filem Lord of The Rings dan The Hobbit, jangan lepaskan peluang untuk lawati lokasi ini kala melancong di New Zealand.

christ_church_cathedral_interior_2_oxford_uk_-_diliff

Sekolah paling terkenal, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry di dalam semua filem siri Harry Potter mengambil tempat di beberapa lokasi di sekitar England. Gereja dan sekolah Christ di Oxford menjadi pilihan kerana rekaan tangga abad ke-16, gereja Gloucester pula dipilih berdasarkan hallway sekolah berkenaan. Majoriti filem kegemaran ramai ini memilih rekaan dan dekorasi berdasarkan rekaan gereja dan kolej Christ dan gereja di Dunham.