Lima Seleksi Restoran Fine Dining Di Kuala Lumpur

Lima Seleksi Restoran Fine Dining Di Kuala Lumpur

Pengalaman gourmet di Kuala Lumpur kini menakjubkan! Baik di kompleks membeli-belah mahupun di restoran yang tinggi menyapa awan dengan panorama memukau yang bisa dinikmati lewat kaca jendela. Semarakkan rasa cinta dan luangkan masa bersama insan tersayang dengan seleksi pilihan restoran fine dining di kotaraya yang bakal memberikan suasana serta pengalaman makan malam mewah lagi eksklusif.
 
Nobu0010
 
NOBU
Nobu is in the air! Berlatarbelakangkan keindahan Kuala Lumpur, restoran terkemuka yang memiliki 28 cawangan di seluruh dunia ini dengan penuh rasa bangga membuka tirainya di aras 56, Menara 3 Petronas KLCC. Buat yang pernah menjejakkan kaki ke restoran mewah ini di luar negara seperti di New York mahupun di Budapest, Nobu menyajikan gabungan hidangan klasik Jepun disuntik citarasa barat. Semestinya menu seperti sushi, sashimi dan tempura menjadi tarikan utama dan buat penggemar hidangan makanan Jepun. Nikmati pengalaman sebenar lagi eksklusif dengan seleksi menu garapan chef terkenal Philip Leong.
 

See also
Suitcase Diaries: Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Perancis

Cilantro Restaurant & Wine BarCilantro

 
CILANTRO
Mengambil tempat di MiCasa All Suite Hotel di Jalan Tun Razak, restoran Cilantro membias cita rasa masakan Perancis bersama sentuhan eksotik Asia. Punya identiti yang tersendiri, bahan-bahan dan ramuan dipilih teliti lagi sempurna bagi mempersembahkan hidangan yang unik oleh chef Takashi Kimura. Alami sendiri pengalaman makan malam anggun lagi bergaya di restoran kontemporari gabungan harmoni menu Perancis dan Jepun ini.
 

TroikaSD_Cantaloupe_06Pemandangan indah balik jendela kaca luas di Cantaloupe

 
CANTALOUPE
Dekorasi restoran ini sungguh elegan. Menghamparkan panorama indah kota dari dinding kaca yang dibina tinggi dengan pencahayaan yang lembut akan membuai rasa romantis. Sesuai buat yang ingin meraikan cinta bertemankan keindahan kota raya Kuala Lumpur. Berlokasi di aras 23A, Menara B, di Persiaran KLCC, Cantaloupe mengetengahkan pengalaman berbeza dengan hidangan multi-konsep. Manjakan diri dengan menu garapan chef Christian Bauer yang mampu mencipta kenangan terindah bersama si dia. Hidangan ikan salmon dengan kentang Creme Fraiche mesti dicuba.
 
Prime-Steak-Restaurant-02-1600X900
 
PRIME
Berlokasi di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Prime adalah salah sebuah restoran stik terbaik di ibu kota. Pemilihan daging lembu dibuat secara terperinci dan adalah dari daging yang terbaik bagi mengekalkan kualiti hidangan. Juga menawarkan hidangan enak makanan laut berserta pandangan dekorasi restoran yang edgy membias gaya moden masa kini. Antara hidangan terbaik garapan chef Faizal Zainal adalah Stik Sirloin dan Foie Gras Trilogy.
 

See also
Shir Chong Model Versatil Malaysia

Restaurant 2Berlatarkan langit biru ibu kota di Marini’s on 57

 
MARINI’S ON 57
Mengetengahkan masakan Itali, Marini’s On 57 harus dikunjungi kerana punya pemandangan unik dengan menawarkan pandangan panorama 360 darjah berlatarkan langit di ibu kota Kuala Lumpur. Terdiri dari tiga ruang berbeza yang terletak di aras 57, Menara Petronas 3, Marini’s adalah salah satu restoran fine dining yang luar biasa. Dimana pengunjung boleh bersosial, makan dan minum juga berehat sepanjang malam dengan hidangan masakan Itali asli yang sungguh menyelerakan. Segalanya dipilih segar seperti makanan laut yang diterbangkan terus dari Itali.